<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Baitul Muslim
Episode 1
Episode 2

Episode 3

Episode 4


This story is written by a fren of mine (name is kept secret). Edited by axe10 with permission from the writer. A note from writer "Semua watak dan jalan cerita adalah rekaan pengarang semata-mata. Tidak ada kaitan antara yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup. Kalau ada nama atau jalan cerita yang sama dengan sesiapa, itu hanyalah kebetulan sahaja."





rss feed


Tuesday, August 16, 2005
Padah tonton gambar lucah

Penyelidikan saintifik akhirnya menemui bukti kukuh bahawa tabiat suka melihat imej lucah sebenarnya mendatangkan masalah besar kepada penglihatan.Majalah New Scientist melaporkan, hasil penyelidikan itu dimasukkan dalam kempen keselamatan jalan raya yang mendesak papan iklan tepi jalan dengan gambar seksi diharamkan dengan harapan ia dapat mengelakkan kemalangan. Kajian baru oleh pakar psikologi Amerika Syarikat (AS) mendapati golongan yang ditunjukkan dengan imej lucah selalunya gagal memproses imej yang dilihat dengan segera selepas itu. Penyelidik juga berkata sebahagian jenis personaliti jelas terjejas berbanding yang lain disebabkan fenomena dikenali sebagai ‘buta akibat rangsangan emosi.’ Dr David Zald daripada Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee dan Marvin Chun serta pasukannya daripada Universiti Yale di Connecticut, menunjukkan beratus-ratus imej kepada peserta sukarela dan meminta mereka memilih imej tertentu dengan pantas. Kebanyakan imej yang dipilih ialah bercirikan landskap dan arkitek tetapi pakar psikologi memasukkan beberapa imej berunsur emosi, menggambarkan keadaan ganas atau seks. Semakin hampir imej berunsurkan emosi timbul sebelum imej sasaran, semakin kerap peserta kajian gagal mengesan imej sasaran. “Kami mendapati orang ramai gagal mengesan imej visual yang muncul satu perlima sesaat selepas imej emosi sedangkan mereka mampu mengesan imej itu dengan masalah kecil selepas imej neutral. “Kami rasa ini gangguan penting untuk memproses imej dan jika jenis tertentu rangsangan menangkap perhatian, ia dapat memuncak dan menyebabkan maklumat penting tidak dapat diperoleh,” katanya. Zald berkata, ia terjadi dengan tidak sengaja. “Rangsangan menangkap perhatian dan sebaik mengesan rangsangan tertentu menyebablan tiada rangsangan lain dapat melaluinya buat beberapa puluh saat,” katanya. – Agensi/BHarian

Posted at 08:40 pm by anbu

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry