Baitul Muslim
Episode
1
Episode
2
Episode
3
Episode
4
This story is
written by a fren of mine (name is kept secret). Edited by axe10 with
permission from the writer. A note from writer "Semua watak dan jalan
cerita adalah rekaan pengarang semata-mata. Tidak ada kaitan antara yang telah
meninggal dunia atau yang masih hidup. Kalau ada nama atau jalan cerita yang
sama dengan sesiapa, itu hanyalah kebetulan sahaja."
|
|
|
 |
|
Thursday, September 09, 2004
Baitul Muslim - Episode 2
"Oi, bangun! Bangun!"
Nasuha cuba mengangkat kelopak mata yang terasa perit. Silau matahari pagi memanah mata.
"Eh, bangunlah, cepat!"
Bahunya ditujah kuat. Pantas Nasuha bangkit dari pembaringan. Dihadapannya, tiga lelaki berpakaian seragam tercegat memandang. Masing-masing menggalas senapang.
"Bangun!" sergah seorang lelaki yang kelihatan berbangsa Melayu. Dua orang kawannnya yang lain berkulit agak cerah dan jelas kelihatan seperti bangsa asing.
"Kau... kau nak apa!?" soal Nasuha menahan gugup. Lelaki Melayu tadi tertawa kecil semacam cuba menyakitkan hatinya.
"Aku nak apa?" ejek si lelaki Melayu. Dikerlingnya ke arah dua temannya yang tidak lepas memandang Nasuha.
"She's a Muslim. What should we do?" suara salah seorang kawan si lelaki Melayu. Lelaki Melayu mengangguk pantas sambil menggosok dagu.
"Eh, kau nak apa hah?! Apa ni?"
Nasuha diserang panik sewaktu bahunya dicengkam kuat. Dia cuba meronta tapi semakin kuat mereka memegangnya. Dalam keadaan panik itulah tiga das tembakan mengocak keheningan pagi.
Nasuha terpaku, tidak percaya dengan pandangan mata sendiri. Tiga lelaki tadi terjelepok ke bumi dengan darah membasahi tubuh. Kaku tidak bergerak lagi. Tidak jauh darinya, seorang lelaki berserban hijau dengan jubah hijau separas lutut sedang menggalas senapang. Mereka berbalas pandang sedetik dua. Melihatkan lelaki berserban itu membatu cuma, pantas Nasuha mencapai senapang yang tersadai di sebelah mayat lelaki Melayu tadi.
"Jangan rapat! Kalau tidak aku tembak!"
Nasuha memberi amaran dengan tangannya menggigil memegang senapang. Anehnya lelaki itu tidak sedikit pun berubah air mukanya malah dia terus memungut senapang musuh tanpa menghiraukan Nasuha. Hampir menangis Nasuha melihatkan gelagat lelaki itu.
"Siapa kau, hah?! Apa semua ni?" Nasuha memberanikan diri bertanya. Waktu itulah lelaki berserban memandangnya semula.
"Sabar, cik. Ana pejuang Syed Omar," ujar lelaki berserban tenang.
"Syed Omar?"
"Ya, kumpulan pejuang Islam. Ana yakin enti juga beragama Islam, bukan?" soal lelaki berserban kelihatan agak dingin. Nasuha tidak segera memberikan jawapan. Dia berfikir sejenak.
"Argh!"
Tiba-tiba lelaki berserban hijau terjerit kecil. Mendadak lelaki berserban terhenyak ke tanah. Seluar hijau lusuhnya dipenuhi cairan merah pekat. Sebilah pisau terpasak pada kaki kirinya. Dua lelaki beruniform terbias pada layar kornea. Bagaikan mendapat semangat baru, Nasuha memetik picu dan belum pun sempat musuh berbuat apa-apa, Nasuha melepaskan tembakan bertubi-tubi.
"Berhenti! Cik, sudahlah!" pekik pejuang Syed Omar tadi. Seolah baru tersedar dari mimpi, Nasuha memandang lama ke arah dua musuh yang telah terlentang kaku. Senapang di tangan terjatuh ke tanah. Dia menekup mulut.
"Sa...saya.. bunuh.." gumammya perlahan.
"Mereka halal dibunuh. Mereka musuh Islam! Sudah, ayuh kita ke tempat persembunyian. Sekejap lagi pasti lebih ramai yang datang. Lebih baik kita tinggalkan tempat ni sekarang," tegas Pejuang Syed Omar seraya cuba berdiri. Berkerut mukanya menahan kesakitan. Dia ingin membuka langkah tapi kembali terduduk ke bumi.
"Sudah cabut pisau tadi?" tanya Nasuha yang hanya memerhati sejak tadi. Pejuang Syed Omar mengangguk lemah. Tanpa sebarang kata, Nasuha menghampiri pejuang Syed Omar lalu dia cuba membantu lelaki itu berdiri. Mulanya terhuyung-hayang juga Nasuha tetapi selepas beberapa langkah dia berjaya mengimbangi badan. Pejuang Syed Omar dipapahnya dengan sabar.
Perjalanan Nasuha dan Pejuang Syed Omar itu agak sukar. Mereka terpaksa melalui lorong sempit yang berdebu. Apatah lagi mereka terpaksa bersembunyi setiap kali bertembung dengan tentera darat musuh yang sibuk menggeledah. Saat itu jantung berdegup kencang dan hanya pada Tuhan tempat untuk meminta perlindungan.
Nasuha tidak tahu ke mana lelaki itu cuba membawanya. Tetapi sewaktu berada di hadapan sebuah bangunan yang hampir ranap, langkah lelaki itu mati. Nasuha memerhati bangunan di hadapannya.
"Dewan Kuliah Gamma!" desisnya agak terkejut.
Dewan Kuliah yang saban hari dikunjunginya. Di situlah dia menimba ilmu sejak setahun yang lalu. bangunan yang menjadi kemegahan para pelajar jurusan Kejuruteraan Teknologi Maklumat kini tinggal debu dan serpihan batu serta konkrit. Pejuang Syed Omar mengisyaratkan agar mereka merapati salah satu dinding bangunan yang kelihatan masih elok. Dia mengetuk dinding itu beberapa kali.
Tiba-tiba sahaja sebuah pintu kecil yang hanya muat untuk seorang terkuak.
"Ini pintu rahsia kami," ujar Pejuang Syed Omar tanpa disoal.
Dua tiga orang lelaki lain yang berpakaian hampir sama dengan Pejuang Syed Omar itu muncul sebaik sahaja Nasuha dan pejuang Syed Omar melangkah masuk. Dia tiga orang lelaki tadi kelihatan terkejut lantas memapah pejuang Syed Omar itu.
Di sebalik pintu kecil, ada dua lorong gelap dan sempit. satu menghala ke kanan dan satu lagi menghala ke kiri.
"Ali, bawa dia ke tempat akhwat," suara pejuang Syed Omar kepada seorang budak lelaki dalam lingkungan usia belasan tahun.
"Baiklah," sahut budak lelaki bernama Ali.
Nasuha segera mengekori budak lelaki tadi menyusuri lorong sempit yang menghala ke kiri. Hanya cahaya api dari jamung-jamung yang diletakkan pada dinding menerangi lorong. Betul-betul kelihatan seperti sebuah tempat persembunyian bawah tanah.
"Cik,"
Baru beberapa langkah menapak, pejuang Syed Omar yang tercedera tadi memanggil. Nasuha serta Ali menoleh ke belakang; memandang lelaki yang sedang dipapah.
"Innallahama'ssobirin," ucap pejuang Syed Omar agak dingin tetapi bersungguh. Tidak secalit pun senyum terukir pada bibir yang kemerahan itu.
Nasuha mengangguk cuma lalu kembali meneruskan langkah.
To be continue :D
Posted at 10:35 pm by axe10
Permalink
Wednesday, September 08, 2004
Baitul Muslim - Episode 1
Pandangan dihalakan ke luar tingkap. Gelap pekat. Hujan masih turun renyai-renyai sejak petang tadi. Pulang sahaja dari kuliah dia terus keluar ke restoran untuk berbuka puasa bersama teman-teman serumah. Selesai menjamu selera, mereka ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib. Kebetulan ada Kuliah Ramadhan, jadi mereka tidak segera pulang. Mereka terus sahaja bersolat Isya' dan solat sunat tarawikh di masjid itu. Lebih kurang pukul 10.30 malam, barulah mereka pulang dalam keadaan penat.
Sudah setahun lebih mereka berenam menyewa rumah yang terletak berdekatan kampus itu. Mereka semua hampir sebaya walaupun tidak mengambil jurusan yang sama.
"Oi, Suha!"
Sergahan kasar dari belakang membuatkan dia tersentak kecil. Anis, teman serumahnya yang paling rapat sedang bercekak pinggang.
"Apa?" tanyanya sambil mengeliat kecil. Rasa enak pula bermalasan di katil.
"Kot ye pun penat, pergilah salin baju dulu. Nanti giliran kita untuk masak makanan bersahur karang." tegas Anis.
"Alah, nantilah," balasnya seraya memeluk kejap bantal peluk.
"Aku cuma mengingatkan saja. Nanti kalau tertidur, alamatnya berbunyilah 'siren' perang. kau bukannya tak tahu mulut budak-budak rumah ni," ujar Anis lantas berlalu ke ruang tamu.
"Hmm, kau pun apa kurangnya," omelnya sendirian.
Pandangannya ditebarkan semula ke luar tingkap lagi. Udara dingin menyapa tubuh. Dia tersenyum apabila mengingatkan kehidupan mereka berenam, sentiasa ceria serta rukun dan saling membantu. Segala masalah diselesaikan bersama dan sentiasa pula berkongsi kegembiraan. Dia terus leka dalam lamunan dan terlelap di situ.
Nasuha tersentak dari tidur. Telinganya menangkap bunyi siren panjang dan nyaring. Dia memasang telingan sambil melilau ke sekeliling dalam keadaan keliru.
"Suha! Cepat! Kita lari dari sini!"
Tiba-tiba Anis muncul dan segera menarik keras lengannya
"Lari? Ke mana? Kenapa?" Nasuha bingung.
"Kau tak nampak ke? Musuh sedang mengganas. Mereka lakukan serangan udara. Sekitar kampus sudah teruk dibom."
"Apa yang kau merepek ni, Anis?"
"Bukan aku yang merepek tapi kau tu yang mamai. Ayuh, cepat! Nanti tentera darat musuh sampai."
Bersungguh benar Anis menariknya.
Mulut Nasuha terkunci. Dia tidak mampu berkata apa-apa melainkan menurut sahaja kehendak Anis. Sebaik sahaja keluar dari rumah sewa mereka, Nasuha terpempan lama. Keadaan sekitar sudah jadi padang jarak padang tekukur. Beberapa orang penduduk sekitar berlari tidak tentu arah di celah-celah runtuhan bangunan yang berasap dan hangus. Anis terus menyentap tangan Nasuha supaya mengikut rentak lariannya. Masing-masing kelihatan panik.
"Anis, mana kawan-kawan kita yang lain? Kak Minah, Safiah, Norin ...?"
Nasuha melemparkan pertanyaan dalam nafas yang tercungap-cungap kerana kaki rancak membuka langkah sepantas mungkin.
"Aku tak tahu. Pagi-pagi lagi diorang ke kampus nak tahu keputusan mesyuarat gencatan senjata semalam. Tak sangka pihak musuh secabul ini. Menyerang kita tiba-tiba!" jelas Anis tampak geram.
"Habis kita nak ke mana ni?"
Nasuha semakin keliru. Cemas pun ada. Sejak bila negara ini bermusuhan dengan kuasa luar? Sejak bila pula negara terpaksa menandatangani gencatan senjata? Baru petang tadi dia pergi kuliah dan waktu itu negara masih aman damai tanpa gangguan. Malah sempat menunaikan Rukun Islam yang ke tiga. Apakah dia bermimpi?
"Argh!"
Anis menjerit tiba-tiba dan serentak itu juga kilauan cahaya beserta dentuman bunyi yang kuat menyesak telinga. Serpihan bangunan yang berkecai mengenainya. Sejurus kemudian suasana sunyi-sepi. Keadaan sekeliling gelap-pekat.
"Anis! Anis!" pekik Nasuha cemas.
Namun pekikannya tidak bersahut. Anis sudah hilang daripada pandangan. Dentuman bom bergema lagi umpama Pesta Tahun Baru Cina. Tapi itu tiga bulan yang lalu; disambut dengan gembira. Kali ini dentuman-dentuman itu disertai dengan pekikan ngeri dan cemas.
Nasuha berlari lagi mengikut rentak kakinya tanpa hala tuju. Baju kurung serta tudungnya sudah dibasahi keringat serta melekat debu. Sesekali dia bertembung dengan dua tiga orang rakan sekuliah. Dia cuba bertanya tapi mereka terus saja melarikan diri di celah-celah runtuhan bangunan tanpa menghiraukannya yang seolah tidak wujud di hadapan mereka.
Akhirnya Nasuha tercegat keletihan di hadapan kantin kampus yang hampir ranap semua sekali. Dia terduduk seraya menyapu peluh di dahi dengan hujung lengan baju kurung. Matanya melilau mencari kelibat manusia agar dapat dia meminta tolong. Tekaknya pula perit meminta air. Perlahan-lahan dia merangkak ke bawah meja makan yang berdekatan lantas berpeluk tubuh di situ. Kadang-kadang dentuman bom bergema beserta kilauan cahaya yang menerangi persekitaran dan setiap kali itu jugalah jeritan serta pekikan ngeri menerjah telinga. Nasuha mula berasa takut. Dia bersendirian kini ditambah pula tidak tahu ke arah mana hendak dituju. Rata-rata dilihatnya hanyalah ketulan dan serpihan batu bercampur konkrit. Asap mula berkepul-kepul memenuhi udara. Nasuha bingung, puas dicuba berfikir untuk mencari penyelesaian tanpa disedari akhirnya dia terlena di bawah meja makan itu.
InsyaAllah, to be continue :-)
Posted at 09:22 pm by axe10
Permalink
A' Is For Allah (alif Is For Allah)
A nice song from Yusuf Islam
A' is for Allah, nothing but Allah;
Ba is the beginning of Bismillah;
Ta is for Taqwa, bewaring of Allah;
and Tha is for Thawab, a reward;
Ja is for Janna, the Garden of Paradise;
Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage;
Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW);
Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began;
Dha is for dhikr, remembering Allah;
and Ra is for the month of Ramadhan, ohh Ramadhan;
Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need;
Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam;
Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone;
and Sua is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him, till we meet our lord;
Allah there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Dua is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white;
Tua is for tareeq, the path to walk upon;
and Dhua is for dhil, a shadow;
and Aa is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam;
Gha is for ghaib, a world unseen and that we know is not a dream;
Fa is for, the Opening, Al-Fatiha;
and Qua for the Qur'an, the book of God;
and Ka is for kalima, a word we're taught to teach us what is good and what is not;
and La is for the beginning of La ilaha illa'allah;
Ma is for the Messenger Muhammed-ur-Rasoolillah. La ilaha illa'allah, Muhammed-ur-Rasulilllah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, la ilaha illa'allah;
Na is for nawm, the sleep God gave to give us rest after the day;
Ha is for the Hijra, the journey that, the Prophet made;
and Wa for wudu before we pray to help us wash our sins away;
and Ya for Yawm-mid-Deen;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Jesus was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Moses was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Abraham was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Noah was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and he created Adam, and we are the children of Adam. Allah,
La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah.
Posted at 06:25 pm by cengkih
Permalink
Monday, September 06, 2004
CINTA SUCI DALAM RUMAHTANGGA ISLAM
Interesting article taken from Saujanaku Yahoo groups.
Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup. Tiada manusia yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan fikirannya sudah tidak normal. Tiada siapa mahu diumpat keji, kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.
Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat ujian. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian kesusahan hidup.
Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda, diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan; namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.
Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha, sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang datang akan dirasai dengan kehendak Allah.
Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, "Wahai Tuhan, datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan" atau "Aku bergembira dengan kesusahan hidup yang menimpa". Manusia yang jiwa dan fikiran yang sihat akan berkata, "Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat".
Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan air mata selalu mengalir.
Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain. Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.
Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai "neraka dunia" dan rumahtangga yang aman damai sebagai "Jannatul Ajilah" iaitu 'syurga dunia' yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.
Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita ketika hendak mendirikan rumahtangga.
Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.
Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan kepada dirinya seorang diri.
Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya.
Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku. Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-tindakan tanpa arah tujuan.
Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa. Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur kebahagiaan kepada kita.
Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta olen Allah S. W. T.
Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.
Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, "Kalau suami kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?" Bisikan-bisikan jahat berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang menjadi matlamat.
Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah. Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang dikasihi-Nya.
Note: Pesanan untuk diri dan peringatan untuk rakan2 yang dikasihi. This applies to both parties, girl and boy ;-) Firstly, maaf jika ader yang terasa hati. Niat saya hanya untuk menyampai sekadar yg boleh.
Jangan jadikan teman hidup sebagai matlamat kita di dunia ini. Open your eyes, learn in depth about Allah, yourselves and this world and insyaAllah u will find, there are far more greater things that u can achieve :-)
Posted at 01:30 am by axe10
Permalink
Monday, August 30, 2004
Rabbani - CITA-CITA DAN CINTA
Duhai temanku
Mengapa dipisahkannya
Cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba
Di mana citamu...Di mana cintamu
Keduanya perlu...Kau binalah kerana Tuhanmu
Agar keduanya berpadu
Cinta yang hakiki...Lahir di hati suci
Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cinta-cita dan cinta
Cinta yang sejati...Bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa
Kernaa iman dan Islam
Harus kita menunaikannya
Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu
Posted at 12:03 am by axe10
Permalink
Tuesday, August 24, 2004
Got this from my friend :-), a very beautiful story for us to extract the moral and internalize it in our mind.
A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress.
It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further. So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.
The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings. The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.
Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.
What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for
the butterfly to get through the tiny opening were Allah's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.
Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If Allah allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us.
We would not be as strong as what we could have been. We could never "fly"!
I asked for Strength.........
And Allah gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom.........
And Allah gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity.........
And Allah gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage.........
And Allah gave me Danger to overcome.
I asked for Love.........
And Allah gave me Troubled people to help.
I asked for Favours.........
And Allah gave me Opportunities.
I received nothing I wanted ........
I received everything I needed!
Posted at 05:34 pm by axe10
Permalink
Sunday, August 22, 2004
A short conversation i had with a friend last saturday really refresshing my mind about things that i wanted/dream to do (Alhamdulillah)
What are the purpose of our life in living in this world. We are commanded that we have to follow Allah's rules, and tadbir this world as we are the appointed khalifah for this lovely world. We human are the khalifah for Allah's creature in this world, khalifah for our ummah, for our family and for ourselves. Everybody is the khalifah in this world. The least responsibity that we can expect is that we are the khalifah for our ownselves. We have to admin ourselves as to be a good muslim that obeys the Do's and Dont's of Allah Sayings.
But is that all that we want to achieve? Just taking care of our ownselves? Have we forgotten all the things that Allah have kurniakan to us? How do we repay that? Allah dont need us to repay anything for Allahs' kurniaan, because Allah is The Most Pemurah and Maha Pengasihi. Allah dont need us, it is we who need Allah. But as a good muslim, doesnt we want to repay at least 0.0000000000000000000000000000001% of Allah contribution to us by giving somethhing for the sake of Islam in return?
We have done everything in order to secure a comfortable living in this world. And it is Allah Who had given us the stregnth and rezeki to achieve all that.
And for that, can't we atleast do something for Islam in return?
I myself is still in the learning curves ( hope it is a high curve ;-) ). Words are certainly easier than action (Astagafirullahalazim.. :">). Strive harder, and we can do things that in our own capability. For a start, we can do the simple2 things such as sedekah, teaching/reminding people about Islam, contribute in any Islamic activity, behave accordingly to Islam's teaching and etc. And just remember, we do it because we want to show people the beauty of Islamic Teachings not because we want people to like us or anything synonim to that.
But i urge my friends, we should have bigger plan for the future. Maybe things that not in our capability, but if we start planning from now, and if it solely for the sake of Allah and our deen, InsyaAllah, Allah will lighten the path for us (Amin~~)
Posted at 11:41 pm by axe10
Permalink
Wednesday, August 11, 2004
saya pilih tajuk nie pasal sayer pun suker bohong, tapi tertentu ajerlah, sayer nie buat biznez mustahil sayer x pernah berbohong, tapi bohong yang sayer sendiri raser patut, tahu x, bila org menyebut bohong, jaranglah orang meninggalkan kawannya, pada hal lawannya, iaitu kalimat benar. sebab itu kalimat bohong dan kalimat benar, x prnh berpisah, pda hal kedua2 nya adlah berlawanan. bila org membicarakan sesuatu sikap manusia, apakah termasuk berani , atau pengecut atau croboh., atau membicarakn sesuatau perangai, apakah trmasuk dermawan, atau boros atau bakhil, masih org mempergunakan timbangan pada yang manakah sikap atau pun perangai orang itu. tp bhong itu ttap lah bhong, xder pertikaian diantara yg memandngnya dan xder yg sanggup membela suatu kebohongan, utk mengatakn dier itu benar. hingga bohong yang dibolehkan olehh agama dan adat istiadat pun (bohong yg dibolehkan) tetap di cop sbgai bohong.
Bohong Dan Benar
Pada asalnya sesuatu yang disebut bohong atau benar itu adalah ter untuk mengenai suatu berita.
Kata-kata memang terbahagi kepada dua, iaitu berita dan tuntutan. Mengatakan Gunung Berapi tinggi, lautan dalam, si Ahmad sakit, semuanya termasuk berita. Adapun menyuruh, dan menegah dan bertanya, tidaklah termasuk berita, termasuk tuntutan. Kata ahli ilmu mantic dan ahli balagat, dalam kata-kata tuntutan tidak terdapat bohong atau benar.
“Ke marilah duduk!” – “Jangan Ke sana” – “Pukul berapa hari?” dalam semuanya itu tidak terdapat bohong dan benar. Demikian kata ahli mantic dan ahli balagat.
Tetapi ahli ilmu jiwa juga menetapkan bahawa didalam kata tuntutan tersimpan juga benar dan bohong. Seseorang bertanya: “Siapa punya kitab ini?” Apakah sebab ada pertanyaan itu? Tentunya kerana seseorang itu tidak tahu. Benarkah seseorang itu tidak tahu? Apakah hanya pura-pura tidak tahu. Tidakkah itu “Sudah Gaharu Cendana pula?” Sudah tahu bertanya pula. Hehehe.
“Tolonglah saya! pun kata tuntutan. Mengapa minta tolong, tentu kerana merasa pantas dapat pertolongan.
Apakah itu hanya pura-pura saja? Engkau tidak perlu dapat pertolongan, lalu engkau minta juga pertolongan itu daripada orang lain.
Denga itu dapatlah dipastikan bahawasanya didalam segala macam bentuk-kata, baik berita atau tuntutan, pasti terhadap bohong atau benar. Dan bukan sahaja dalam susun berita atau tuntutan terdapat kesan bohong atau benar. Dalam perbuatan kita sendiri pun terdapat jiwa bohong atau jiwa benar. Kerana suatau perbuatan atau pekerjaan adalah hasil daripada azam jiwa, atau suatu kehendak. Hanya orang tidur lah yang membuat dengan tiada kesedaran. Perbuatan benar disebut jujur.
Benar adalah lawan dari bohong. Benar diletakkan kepada 2 perkara. Pertama, hendaklah perbutan kita sesuai dengan kata-kata kita. Orang yang senantiasa menyorakkan kata-kata benar, tetapi didalam praktiknya melakukan kesalahan senantiasa, bukanlah orang jujur. Berjanji teguhi, bertanggung jawab (amanat) penuhi dan pikul. Tegasnya diniatkan hendak memenuhi janji dan meneguhi amanat; walauapun kemudiannya ternyata – kerana hal-hal yang mengahambat dengan tidak dikehendaki – tidak dapat dijalankan.
Yang kedua: Perkataan kita hendaklah bersetuju dengan fikiran kita. Dengan erti bahawasanya kita tahu bahawasanya yang kita katakana itu benar adanya. Dari itu jelaslah perbezaan di antara kedua perkara itu. Kadang-kadang orang berniat seketika dia mengatakan suatu janji, dia tidak akan meneguhinya. Inilah bohong!
Tetapi tidak perlu bahawa dia akan berbohong menurut ketentuan yang pertama tadi, kerana sudah menyatakan janji itu diteguhinya.
Al-Ghazali membahagi menurut falsafah tasaufnya akan sikap banar itu kepada enam bahagian; Benar kata, Benar niat dan kemahuan (iradat), Benar azam (kehendak), Benar seketika menunaikan kehendak, Benar bekerja, Benar di dalam kedudukan agama sekalian. (yang nie ada dalam juzuk 4, ayat 331-335).
Sekarang dapat kita simpulkan bahawasanya yang menjadi sempadan pembatas diantara bohong dan benar ialah I’tikad (Kepercayaan atau Keyakinan).
Didalam ilmu akhlak, (etika), yang dipandang ialah kepercayaan orang yang membawa khabar itu sendiri atas perkhabaran yang dibawanya, baik hal itu sesuai denga kejadian, maka itulah yang benar, atau tidak bersesuai, itulah yang bohong. Jadi pembawa khabar dalam pandangan ilmu akhlak, samalh dalam pandangan ahli ilmu usul atas seorang mujahid; kalau jihadnya sesuai dengan kebenaran, dia mendapat dua pahala. Kalau seorang munafik datang kepada Nabi Muhammad S.A.W., mengatakan “Kami mengakui sungguh-sungguh bahawa tuan memang Pesuruh Allah,” belumlah pengakuan itu benar. Meskipun Nabi Muhammad memang pesuruh Allah. Sebab pengakuan itu berlawan dengan keyakinannya yang sebenarnya. Lebih tepat dengan pendiriannya, sebab itu dia telah jujur dan lebih benar, kalau dia berkata terus-terang; “Saya tidak percaya bahawa tuan Pesuruh Allah!”
Ahli-ahli falsafah Islam telah menunjukkan (memberi kaedah, definasi) tentang yang bernama benar atas tiga perkara:
- Yang benar ialah yang bersesuai dengan kejadian, walaupun berlawan dengan kepercayaan dan keyakinan. Kata sesetengah mereka, itulah kaedah yang tepat.
- Yang benar ialah yang bersesuai dengan kepercayaan.
- Yang benar ialah yang bersesuai dengan kepercayaan sendiri, walaupun berlawan dengan kejadian.
Ini pendapat Failusuf An-Nazzhaam, seorang penganjur Mazhab Mu’tazillah satu mazhab falsafah yang besar dengan mempunyai banyak pengaruh Islam. Ahli Ilmu balagat Arab memandang kaedah An-Nazzhaam itu tidak tepat. Tetapi ilmu etika moden memandang itulah yang lebih tepat.
Memang pendirian kaum Mu’tazillah tentang kemerdekaan diri dan kemauan perseorangan dan tanggung jawab manusia, sudah lama terkenal menjadi suatu perbincangan hebat dikalangan ahli-ahli ilmu qalam dalam Islam.
Posted at 05:16 pm by mrireus
Permalink
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...
Petikan ini diambil dr laman web JAWI
Posted at 05:14 pm by mrireus
Permalink
Monday, August 09, 2004
Kriteria memilih pasangan hidup
Taken from Saujanaku Yahoo group.
Allah Subhanahu wa Ta'ala menciptakan makhluk hidup dengan berpasang-pasangan. Allah jua yang menciptakan rasa saling tertarik kepada lawan jenis dan saling membutuhkan sehingga dengan itu dapat saling mengasihi dan mencintai untuk mendapatkan ketenangan dan kecintaan disamping melahirkan keturunan dalam kehidupannya. Untuk itulah Islam memerintahkan umatnya untuk melangsungkan pernikahan apabila telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Bila berbicara masalah pernikahan maka tidak terlepas dari individu-individu yang akan melaksanakannya. Sebagai manusia yang normal, adalah hal yang wajar jika mempunyai kriteria yang ideal terhadap calon pasangan hidup yang diinginkan. Misalnya bagi laki-laki yang normal akan menginginkan calon istri wanita yang berparas ayu lagi cantik, dari keluarga kaya, berotak pintar, keturunan orang baik-baik, berakhlak mulia, pandai berbaul, serta bisa membantu mencari nafkah, dan sebagainya. Begitu juga wanita ingin punya suami yang ganteng , kaya, sabar, pinter, bertanggung jawab, setia, berakhlak memikat, dan sebagainya.
Akibat kriteria yang terlalu tinggi ini, tidak sedikit laki-laki atau perempuan yang lebih senang membujang, karena kesulitan untuk mencari pasangan hidup yang diinginkan. Orang-orang yang dikenalnya tidak sesuai dengan keinginan dan dambaannya, mereka lebih baik menunda nikah daripada melaksanakan sunnah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam.
Sering kita lupa … bahwa tidak ada seorang pun yang diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sempurna, sekalipun Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, akan tetapi beliau ma’sum karena terpelihara dari segala kesalahan (dapat teguran langsung dari Allah jika melakukan kesalahan).
Sedangkan manusia pada umumnya adalah makhluk yang mempunyai banyak kelemahan, di antaranya yang telah Allah Subhanahu wa Ta'ala sebut dalam Al Qur’an :
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS. An Nisa’ : 28)
Manusia diciptakan Allah suka keluh kesah. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.” (QS. Al Ma’aarij : 19)
“Yaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir dan menyembunyikan karunia Allah yang telah diberikan-Nya kepada mereka … .” (QS. An Nisa’ : 37)
Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menciptakan manusia dengan aneka ragam bentuk anggota badan, berbagai bentuk paras wajah, dan berbagai kepribadian yang kesemuanya ini tidak ada yang sama, sekalipun dua anak kembar dari satu sel, Subhanallah. Ada yang berparas ayu, manis, bahkan sangat cantik. Juga ada yang berwajah sedang, tidak ayu, bahkan jelek. Ada pula lelaki yang bertubuh besar tinggi, kekar, atau gadis yang anggun dan tinggi semampai. Ada yang anggota tubuhnya sempurna juga ada yang kurang bahkan tidak sempurna. Ada yang berkulit putih, kuning langsat, sawo matang, merah, bahkan hitam pekat. Semua ciptaan Allah dan Allah juga yang telah menyediakan pasangannya.
Memang ada manusia yang mencakup 4 kriteria yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam sebagai kelebihan dalam dirinya. Cantik/tampan, dari keluarga yang mampu dan kaya, keturunan orang baik-baik, dan baik Dien-nya (agamanya). Jika kita diberi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala pasangan yang seperti ini maka seharusnyalah kita banyak bersyukur kepada-Nya karena sangatlah jarang kita dapati di masa sekarang ini. Walaupun demikian tetap tidak akan terlepas daripada kekurangan yang ada pada sisi lain.
Dengan sifat kebijakan Allah Ta’ala dan keadilan-Nya, Dia tuntunkan pada hamba-Nya dalam mencari pasangan hidup. Ditekankan pada hal Dien-nya (agamanya). Seseorang tidaklah selalu memiliki paras cantik, tidak semua dilahirkan dari keturunan yang baik, dan tidaklah banyak yang dari keluarga kaya. Akan tetapi untuk menjadi orang yang baik agamanya, semua orang dapat memilikinya bagaimanapun keadaannya, tak terkecuali. Dimuliakannya seseorang dalam hal agamanya, karena faktor keimanan dalam hatinya.
Kesimpulannya tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apakah tidak ada makhluk Allah yang sempurna? Jawabnya, ada. Makhluk Allah Subhanahu wa Ta'ala yang sempurna adalah yang ada di Surga, yaitu para bidadari dan wildan. Mereka diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai pasangan untuk manusia di Surga. Bidadari tersebut berparas sangat cantik, montok-montok, selalu harum baunya, dan selalu dalam keadaan gadis. Tidak ada kekurangan padanya. Gambaran bidadari di Surga banyak kita dapati dalam Al Qur’an. Di antaranya :
“Mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (QS. Ath Thuur : 20)
“Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli. Laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqi’ah : 22-23)
“Di dalam Surga-Surga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (QS. Ar Rahman : 70)
Mereka disiapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk para hamba-hamba-Nya yang beriman, yang selalu mengekang hawa nafsunya di dunia ini, dan menjalankan perintah-Nya. Wallahu A’lam Bis Shawab.
Ibnatu Abu Hasan.
Kriteria Memilih Pasangan Hidup Menurut Islam
Setelah kita mengetahui tentang tujuan menikah maka Islam juga mengajarkan kepada umatnya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup karena hidup berumah tangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun saja, akan tetapi diniatkan untuk selama-lamanya sampai akhir hayat kita.
Muslim atau Muslimah dalam memilih calon istri atau suami tidaklah mudah tetapi membutuhkan waktu. Karena kriteria memilih harus sesuai dengan syariat Islam. Orang yang hendak menikah, hendaklah memilih pendamping hidupnya dengan cermat, hal ini dikarenakan apabila seorang Muslim atau Muslimah sudah menjatuhkan pilihan kepada pasangannya yang berarti akan menjadi bagian dalam hidupnya. Wanita yang akan menjadi istri atau ratu dalam rumah tangga dan menjadi ibu atau pendidik bagi anak-anaknya demikian pula pria menjadi suami atau pemimpin rumah tangganya dan bertanggung jawab dalam menghidupi (memberi nafkah) bagi anak istrinya. Maka dari itu, janganlah sampai menyesal terhadap pasangan hidup pilihan kita setelah berumah tangga kelak.
Lalu bagaimanakah supaya kita selamat dalam memilih pasangan hidup untuk pendamping kita selama-lamanya? Apakah kriteria-kriteria yang disyariatkan oleh Islam dalam memilih calon istri atau suami?
A. Kriteria Memilih Calon Istri
Dalam memilih calon istri, Islam telah memberikan beberapa petunjuk di antaranya :
1. Hendaknya calon istri memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak baik karena wanita yang mengerti agama akan mengetahui tanggung jawabnya sebagai istri dan ibu. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
Dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
Dalam hadits di atas dapat kita lihat, bagaimana beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menekankan pada sisi agamanya dalam memilih istri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun.
Demikian pula Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
“Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang Mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun ia menarik hatimu … .” (QS. Al Baqarah : 221)
Sehubungan dengan kriteria memilih calon istri berdasarkan akhlaknya, Allah berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” (QS. An Nur : 26)
Seorang wanita yang memiliki ilmu agama tentulah akan berusaha dengan ilmu tersebut agar menjadi wanita yang shalihah dan taat pada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Wanita yang shalihah akan dipelihara oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya :
“Maka wanita-wanita yang shalihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya, oleh karena itu Allah memelihara mereka.” (QS. An Nisa’ : 34)
Sedang wanita shalihah bagi seorang laki-laki adalah sebaik-baik perhiasan dunia.
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.” (HR. Muslim)
2. Hendaklah calon istri itu penyayang dan banyak anak.
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam pernah bersabda :
Dari Anas bin Malik, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : " … kawinilah perempuan penyayang dan banyak anak … .” (HR. Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban)
Al Waduud berarti yang penyayang atau dapat juga berarti penuh kecintaan, dengan dia mempunyai banyak sifat kebaikan, sehingga membuat laki-laki berkeinginan untuk menikahinya.
Sedang Al Mar’atul Waluud adalah perempuan yang banyak melahirkan anak. Dalam memilih wanita yang banyak melahirkan anak ada dua hal yang perlu diketahui :
a. Kesehatan fisik dan penyakit-penyakit yang menghalangi dari kehamilan. Untuk mengetahui hal itu dapat meminta bantuan kepada para spesialis. Oleh karena itu seorang wanita yang mempunyai kesehatan yang baik dan fisik yang kuat biasanya mampu melahirkan banyak anak, disamping dapat memikul beban rumah tangga juga dapat menunaikan kewajiban mendidik anak serta menjalankan tugas sebagai istri secara sempurna.
b. Melihat keadaan ibunya dan saudara-saudara perempuan yang telah menikah sekiranya mereka itu termasuk wanita-wanita yang banyak melahirkan anak maka biasanya wanita itu pun akan seperti itu.
3. Hendaknya memilih calon istri yang masih gadis terutama bagi pemuda yang belum pernah nikah.
Hal ini dimaksudkan untuk mencapai hikmah secara sempurna dan manfaat yang agung, di antara manfaat tersebut adalah memelihara keluarga dari hal-hal yang akan menyusahkan kehidupannya, menjerumuskan ke dalam berbagai perselisihan, dan menyebarkan polusi kesulitan dan permusuhan. Pada waktu yang sama akan mengeratkan tali cinta kasih suami istri. Sebab gadis itu akan memberikan sepenuh kehalusan dan kelembutannya kepada lelaki yang pertama kali melindungi, menemui, dan mengenalinya. Lain halnya dengan janda, kadangkala dari suami yang kedua ia tidak mendapatkan kelembutan hati yang sesungguhnya karena adanya perbedaan yang besar antara akhlak suami yang pertama dan suami yang kedua. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menjelaskan sebagian hikmah menikahi seorang gadis :
Dari Jabir, dia berkata, saya telah menikah maka kemudian saya mendatangi Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan bersabda beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “Apakah kamu sudah menikah ?” Jabir berkata, ya sudah. Bersabda Rasulullah : “Perawan atau janda?” Maka saya menjawab, janda. Rasulullah bersabda : “Maka mengapa kamu tidak menikahi gadis perawan, kamu bisa bermain dengannya dan dia bisa bermain denganmu.”
4. Mengutamakan orang jauh (dari kekerabatan) dalam perkawinan.
Hal ini dimaksudkan untuk keselamatan fisik anak keturunan dari penyakit-penyakit yang menular atau cacat secara hereditas.
Sehingga anak tidak tumbuh besar dalam keadaan lemah atau mewarisi cacat kedua orang tuanya dan penyakit-penyakit nenek moyangnya.
Di samping itu juga untuk memperluas pertalian kekeluargaan dan mempererat ikatan-ikatan sosial.
B. Kriteria Memilih Calon Suami
1. Islam.
Ini adalah kriteria yang sangat penting bagi seorang Muslimah dalam memilih calon suami sebab dengan Islamlah satu-satunya jalan yang menjadikan kita selamat dunia dan akhirat kelak.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
“ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)
2. Berilmu dan Baik Akhlaknya.
Masa depan kehidupan suami-istri erat kaitannya dengan memilih suami, maka Islam memberi anjuran agar memilih akhlak yang baik, shalih, dan taat beragama.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu ridhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.” (HR. At Tirmidzi)
Islam memiliki pertimbangan dan ukuran tersendiri dengan meletakkannya pada dasar takwa dan akhlak serta tidak menjadikan kemiskinan sebagai celaan dan tidak menjadikan kekayaan sebagai pujian. Sebagaimana firman Allah Ta’ala :
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (nikah) dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur : 32)
Laki-laki yang memilki keistimewaan adalah laki-laki yang mempunyai ketakwaan dan keshalihan akhlak. Dia mengetahui hukum-hukum Allah tentang bagaimana memperlakukan istri, berbuat baik kepadanya, dan menjaga kehormatan dirinya serta agamanya, sehingga dengan demikian ia akan dapat menjalankan kewajibannya secara sempurna di dalam membina keluarga dan menjalankan kewajiban-kewajibannya sebagai suami, mendidik anak-anak, menegakkan kemuliaan, dan menjamin kebutuhan-kebutuhan rumah tangga dengan tenaga dan nafkah.
Jika dia merasa ada kekurangan pada diri si istri yang dia tidak sukai, maka dia segera mengingat sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yaitu :
Dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam : “Jangan membenci seorang Mukmin (laki-laki) pada Mukminat (perempuan) jika ia tidak suka suatu kelakuannya pasti ada juga kelakuan lainnya yang ia sukai.” (HR. Muslim)
Sehubungan dengan memilih calon suami untuk anak perempuan berdasarkan ketakwaannya, Al Hasan bin Ali rahimahullah pernah berkata pada seorang laki-laki :
“Kawinkanlah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan mendzaliminya.”
Untuk dapat mengetahui agama dan akhlak calon suami, salah satunya mengamati kehidupan si calon suami sehari-hari dengan cara bertanya kepada orang-orang dekatnya, misalnya tetangga, sahabat, atau saudara dekatnya.
Demikianlah ajaran Islam dalam memilih calon pasangan hidup. Betapa sempurnanya Islam dalam menuntun umat disetiap langkah amalannya dengan tuntunan yang baik agar selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya. Wallahu A’lam Bis Shawab.
Bintu Machfoedz
Posted at 08:21 pm by axe10
Permalink
|
|
|