Baitul Muslim
Episode
1
Episode
2
Episode
3
Episode
4
This story is
written by a fren of mine (name is kept secret). Edited by axe10 with
permission from the writer. A note from writer "Semua watak dan jalan
cerita adalah rekaan pengarang semata-mata. Tidak ada kaitan antara yang telah
meninggal dunia atau yang masih hidup. Kalau ada nama atau jalan cerita yang
sama dengan sesiapa, itu hanyalah kebetulan sahaja."
|
|
|
 |
|
Friday, September 24, 2004
Ruang itu agak sempit dan rimas apabila dihuni oleh lebih kurang 40 orang wanita dan anak-anak kecil. Masing-masing dengan pelbagai gelagat; ada yang sedang memasak, tidur dan tidak kurang pula yang sedang mengerang kesakitan. Semuanya sudah cukup untuk membayangkan betapa sengsaranya erti sebuah peperangan. Nasuha masih tercegat di pintu masuk. Sungguh dia tidak menyangka bangunan Dewan Kuliah Gamma yang saban hari dikunjungi mempunyai pintu rahsia ke tempat persembunyian bawah tanah seperti itu. Akal waras Nasuha masih enggan menerima kenyataan di depan mata.
"Eh, apa tercegat lagi disitu?! Cepat agih-agihkan bubur nasi ni. Ingat, beri kepada yang tak mampu berpuasa saja."
Suara arahan itu mengganggunya. Seorang perempuan yang hampir sebaya dengan ibu di kampung menghulurkan seperiuk besar bubur nasi yang masih panas kepada Nasuha. Dia menyambut gugup.
"Hmm, kamu orang barukah?" perempuan itu bertanya sebaik sahaja periuk panas bertukar tangan.
"Ya makcik. Saya Nasuha"
"Baguslah, tambah lagi seoarng saudara. panggil aku Mak Ngah Piah. Nah, cepatlah! Mereka semua tengah lapar."
Cepat-cepat Nasuha mengambil senduk yang dihulurkan oleh seorang budak perempuan lalu membahagikan bubur nasi kepada mereka yang tidak berpuasa. Macam-macam karenah yang terpaksa dihadapi. Selesai menunaikan amanah yang diberi, dia terduduk di suatu penjuru yang agak sunyi. Dikesatnya keringat yang berjurai di dahi. Beberapa kali dia memicit pinggang yang lenguh akibat terlalu banyak berbongkok tadi.
Beberapa ketika kemudian, Mak Ngah Piah muncul seraya menjenguk ke dalam periuk besar di sisi Nasuha.
"Kenapa tidak dihabiskan semua sekali?" soal Mak Ngah Piah kurang puas hati.
"Tak ramai yang tidak berpuasa," jawab Nasuha sopan.
"Tak mengapalah. Nanti boleh panaskan untuk berbuka puasa. Kamu puasa?"
"Iya."
Mak Ngah Piah terdiam sebentar sambil mengipas dengan kain di kepala. Nasuha juga diam sahaja.
"Macammana kamu boleh sampai ke sini? Kenapa tak datang awal-awal lagi?" pecah soalan dari Mak Ngah Piah.
"Errr... apa maksud Mak Ngah Piah?"
"Hmm, perang ni dah lama. Masa perjanjian gencatan senjata tu, ingatkan semuanya dah selesai. tapi memang betullah kata orang. Mereka tu semua lidah bercabang! Lain di lidah, lain pula di hati. Ah, macam mana kamu boleh sampai sini?"
Soalan yang sama diulangi. Nasuha buntu sebenar.
"Saya ditangkap oleh tiga orang lelaki beruniform. Nasib baiklah pejuang Syed Omar berjubah hijau menyelamatkan saya. Tapi dia tercedera," jelas Nasuha berterus-terang.
"Berjanggut nipis?" pantas Mak Ngah Piah bertanya lagi.
"Ya, tak ada misai."
Wajah Mak Ngah Piah kelihatan berubah sedikit apabila Nasuha mengiyakan pertanyaannya.
"Kenapa Mak Ngah?"
"Err... tak ada apa-apa. Kamu nak jadi pembantu aku esok?"
Mak Ngah Piah semacam ingin mengelak.
"Boleh apa salahnya," tanpa berfikir panjang Nasuha bersetuju.
"Baiklah tapi kau mesti ingat, jangan tanya apa-apa pun esok. Jangan banyak bercakap."
"Saya kurang faham. Kenapa?"
"Esok sahaja."
Nasuha terdiam apabila melihatkan Mak Ngah Piah tidak berminat untuk meneruskan diskusi. Wanita itu mengeluarkan senaskhah kecil al-quran dari kocek jubah baju hitamnya. Agak lama Nasuha memerhati sambil menghayati bacaan Mak Ngah Piah. Keindahan bahasa dan kemerduan suara Mak Ngah Piah mengalunkan ayat-ayat suci itu membuatkan Nasuha terleka agak lama.
Bahunya digoncang kuat. Nasuha tersentak dari tidur. Lantas memandang ke sekeliling. Beberapa ketika kemudian dia melepaskan keluhan hampa. Dia masih berada di tempat persembunyian yang sempit dan merimaskan itu. Sangkanya, apabila terjaga dari tidur tadi, dia kembali berada di atas sofa dalam ruang tamu rumah sewanya.
"Pergi basuh muka dan berwudhu'. Sambil tu basuh beras ni. Air tu lebih sikit sebab nak buat bubur nasi. Bekalan ikan belum sampai, terpaksa buat bubur lagi", suara Mak Ngah Piah mengetuk gegendang meski dia belum pun bangkit dari pembaringan.
Terpijat-pijat dia bangun seraya mencapai tudung. Selesai memakai tudung, dia menggalas periuk yang dihulurkan oleh Mak Ngah Piah.
"Tapi kat mana saya nak basuh muka?" soal Nasuha dalam mamai.
"Kat pintu luar tu ada dua orang yang bergilir menjaga pintu masuk. Kau tanya saja mereka,dan jangan kau lupa tunjukkan kain ini," jelas Mak Ngah Piah lalu mengikat sehelai sapu tangan hijau pada pergelangan tangan Nasuha. Gadis itu mengangguk dan sedikit keyakinan bercambah di hati. Dia melangkah keluar dari tempat persembunyian, menyusuri lorong kecil yang suram berseorangan. Sesekali dia menarik nafas dalam sambil menoleh ke belakang. Macam-macam peristiwa terbayang di ingatan waktu itu.
Leganya bukan kepalang apabila pintu rahsia tempat persembunyian itu terbias pada layar kemera. Dua orang lelaki berjubah dengan senjata tergalas pada bahu menghalang perjalanan Nasuha.
"Nak ke mana?" salah seorang daripada mereka bertanya kasar.
"Errr..errr.... Nak basuh beras." Jawab Nasuha gugup melihatkan kebengisan yang terpamer di wajah mereka.
"Bukankah Mak Ngah Piah sudah angkat air tadi? Kamu tidak boleh keluar sebarangan," yang seorang lagi menyampuk.
"Oh, tengok ni. Ini buktinya Mak Ngah Piah yang suruh saya keluar." balas Nasuha sedikit berani.
"Jadi kamu ni pembantunya yang baru?"
"Lebih kurang begitulah."
"Hmmm..."
Lelaki yang mula-mula bertanya tadi membukakan pintu untuknya. Nasuha tidak segera keluar menyebabkan kedua-kedua lelaki tadi mengerutkan muka kehairanan.
"Nak apa lagi?"
"Saya...saya tak tau nak basuh kat mana beras ni?"
"Ya Allah..mari ikut ana."
Lelaki yang agak berumur daripada yang seorang lagi mengajaknya lantas meredah kegelapan dinihari. Mereka tidak perlu berjalan jauh untuk tiba ke tempat yang dimaksudkan oleh Mak Ngah Piah. Sederet paip dan dua buah tandas terbina di situ, agak tersorok. Seingat Nasuha tempat sebegitu memang tidak pernah wujud berdekatan dengan bangunan Dewan Kuilaih Gamma. Lelaki tadi meninggalkan dia bersendirian di situ.
Selesai segala keperluan, Nasuha bergegas semula ke tempat persembunyian, Memang tempat itu tidak jauh dari tempay persembunyian kerana dari situ, bahagian bangunan Dewan Kuliah Gamma yang masih belum roboh dapat dilihat dengan ketara meski dalam kesamaran dini hari. Langkahnya agak pantas kerana suasana sekelilling yang masih gelap dan sejuk. Acap kali dia menoleh ke belakang ambil beristighfar panjang. Peluh dingin bercampur air wudhu' membasihi baju.
To be continue...
Posted at 08:30 am by axe10
Permalink
Thursday, September 23, 2004
Mungkin sudah ramai yang tahu tapi apa salahnya ia dibaca sebagai peringatan kerana manusia itu selalu alpa dan acapkali melakukan kesilapan. People do make mistakes and that is why they put eraser on the top of the pencil.
p/s: many thanks to axe10 coz gave me the opportunity to share a little tiny info with u all. My doa always for u all, may God bless us all :)
Assalamualaikum wbt,
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,
beliau menangis selama 300 tahun.
Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu
kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.
Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok
cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,
"Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.
Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya
kepada Allah.
Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,
"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih
lazat
dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu
keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan
meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang
apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"
berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke
barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Posted at 07:28 pm by sf
Permalink
Monday, September 20, 2004
In Search of Sincerity
By Muhammad Al-Shareef
In one of the battles that the Muslims waged against the Romans, the Muslims – under the commandment of Maslamah (rahimahullaah) – surrounded a city that had a tall and well-fortified wall. The siege went on for months.
Then one night, one of the Muslim soldiers came to General Maslamah and told him of a hole that he had accomplished to bore through the wall. “It is only large enough for a slim soldier.” He knelt closer. “Quickly, send with me someone who can squeeze through and fight the army on the inside until he has opened the gates for all of us to enter.”
Maslamah sent out the news, and that night someone volunteered. In a sweeping assault, the gate was opened and the Muslims were victorious.
Maslamah, overwhelmed with happiness, sent out the word that the soldier that entered the hole should come forward. No one showed. A day passed and the request was repeated. Another day, then another. No one arrived to take credit.
On the fourth day, a soldier approached Maslamah, his face wrapped in a scarf. He said to him, “I have news of the soldier that entered the hole.”
Maslamah sat up sharp, “Tell me who it is?”
“First, however,” said the soldier, “he has three conditions before exposing himself. Do you agree to this?”
“Of course,” Maslamah said.
“The first is that you do not try to compensate him for what he did. The second is that you do not tell anyone who he is. And the third is that you shall not ask for his presence ever again. Do you agree to these conditions?”
“It is agreed,” Maslamah said.
The soldier, uncovering his scarf, said, “It is I. I went through that hole only for the sake of Allah.” Then, turning, he walked away.
After that day, Maslamah was often heard praying to Allah, “O Allah, (on the Day of Resurrection) grant me companionship with the soldier of the hole.”
Sometimes at any Islamic school, there are children who pray at the back, but the actions are better described as 'playing' (no, not with a lisp). Then when the head master or whoever they consider to have authority above them approaches, they all stand erect in complete devotion.
They are children and Allah will not take them to account. However, there are many adults that do this exact thing but on a more serious scale. The ingredient that we all need to work on throughout our lives as Muslims is Ikhlaas (sincerity) and, In sha Allah, that shall be our topic for today.
Sincerity in all we do is a commandment of Allah:
[Say, "Indeed my prayer, my rites of sacrifice, my living and my dying are for Allah, Lord of the worlds. No partner has He. And this I have been commanded, and I am the first (among you) of the Muslims."] Surah Al-An'aam 6/162,163
[And they were not commanded except to worship Allah, sincere to Him in religion, inclining to truth, and to establish prayer and to give Zakah. That is the correct Deen.] Surah Bayyinah 98/5
In defining Ikhlaas, Al-Jurjaani – rahimahullaah - said that it is to not seek any audience for your deeds other than Allah.
When one looks over the text of the Qur’aan and Sunnah, they will come to the realization that Allah ta’ala and His Messenger – sal Allahu alayhi wa sallam – speak about sincerity in different aspects: Sincerity in Tawheed of Allah and sincerity in our intentions. Sincerity in our worship, such as in Salah, Sujood, Fasting, standing in Ramadan, standing in the night of Qadr, sincere love for the Masjid, Zakah, Sadaqah, Hajj, Jihaad, repentance, supplications, recitation of the Qur’aan, and so much more.
The Qur'aan and Sunnah speak about sincerity in all our verbal statements, sincerity in our refined and upright AKhlaaq (character), sincerity in our Tawakkul (placing of our trust) in Allah, and sincerity in all actions.
Commenting on the verse: [He who created death and life to test you (as to) which of you is best in deed] Surah Al-Mulk 67/2, Al-Fudayl ibn ‘Iyaadh – rahimahullaah - said, “It is those deeds which are most correct and most sincere.” The students asked, “O Abu Ali, what are deeds that are correct and sincere?” He said, “If a deed is done sincerely, yet is not done correctly, it will not be accepted. And if a deed is done correctly, but not sincerely for Allah, it will not be accepted. It must be done sincerely and correctly. Sincerely, as in for Allah alone; Correctly, as in accordance to the Sunnah.
He then recited the verse of Allah: [So whoever would hope for the meeting with his Lord – let him do righteous work and not associate in the worship of his Lord anyone.] Surah al-Kahf 18/110. (See Madaarij As-Saalikeen 3/93)
With Ikhlaas we can be saved from misguidance as Prophet Yusuf – alyhi as salam – was saved. Hear Allah’s words: [And thus (it was) that We should avert from him evil and immorality. Indeed, he was of Our Mukhlaseen servants.] 12/24
With Ikhlaas the books can be turned in our favor in the last minutes of our lives just as what happened to the man that murdered 99 men. Allah ta'ala saved him in the end because of his sincerity in repentance.
With Ikhlaas one will be saved from Hellfire and granted a lofty position in Jannah. [And they give food out of love for (Allah ta’ala) to the needy, the orphan and the captive. (Saying) "We feed you only for the countenance of Allah, we wish no reward from you nor gratitude. Indeed, we fear from our Lord a Day severe and distressful. So Allah will protect them from the evil of that Day and give them radiance and happiness. And will reward them for what they patiently endured (with) a garden (in Jannah) and silk (garments).] Surah Ihsan 76/8-12
Dear brothers and sisters, we must understand that there are certain things that contradict our Ikhlaas to Allah. Of these things are three, Reyaa', Sum'ah and 'Ujb.
Reyaa' is to perform an act of worship with the intention of showing it off to people, seeking their praise or some other vanity. Thus this person is seeking to be glorified or praised or hoped for or feared through this action. An example of this would be such as donating a large sum of money in order that people may think the contributor is generous.
Sum'ah is similar to Reyaa', but as the Ulumaa' have said, it is those verbal statements that a person does for the sake of people. Such as someone making ballooned threats against the Jews in Philisteen just so others would think he is courageous.
Ibn Al-Mubaarak – rahimahullaah – said, "Perhaps a great deed is belittled by an intention. And perhaps a small deed, by a sincere intention, is made great."
'Ujb is the cousin of Reyaa'. It is when a person becomes impressed with himself for the 'great' deeds that he has done.
This and all the other types are viruses that can kill our actions and turn them against us on the day of Resurrection.
Ya’qoob al-Makfoof – rahimahullah – used to say, “The sincere one is he who hides his good deeds in the same way that he would hide his bad.”
From the Seerah, as Sa’d ibn Waqqaas narrates: … as for Ikrimah ibn Abi Jahl, (after the conquest of Makkah) while escaping by sea, a terrible storm befell them. The owners of the boat shouted, “At this moment pray to only God and pray sincerely, for your gods cannot avail us in any way through salvation from this storm.” ‘Ikrimah said, “By Allah, if Ikhlaas can only save me on the sea, then on land nothing but it can save me.” (He then raised his hands and pronounced), “O Allah if you save me, you have upon me an oath that I shall not rest until I arrive at Muhammad – sal Allahu alayhi wa sallam – and place my hand in his."
He then came to Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam – became Muslim, and was later martyred in Jihaad.
Sincerity is a topic that is not only key to Islam, but it is also a subject that the Kuffaar and philosophers have pondered for centuries. The English have a saying that goes to the effect of: To hunt with the lantern of Diogenes.
Diogenes was a Cynic Greek philosopher who lived about 320 years before Prophet Eesa – alayhis salam. He believed there was no sincerity – no Ikhlaas – in any human being. To vividly prove his point, he was said to have gone about the streets of Corinth in broad daylight with a lighted lantern looking for a sincere man. From here the English coined the term To hunt with the lantern of Diogenes when speaking of a group of people whose sincerity is extremely absent.
Indeed insincerity in our actions is something very dangerous and can lead a person to ruin. Ibn Masood – radi Allahu ‘anhu – would advise his students, “If your intention is one of these three, do not seek knowledge: To shame the ignorant, or to argue with the Fuqahaa’, or to cause people to turn their faces in your direction. Intend with your actions and words that which is with Allah, for indeed that which is with Allah shall remain and everything else shall perish.”
In conclusion, Ibn Al-Qayyim – rahimahullaah – said, “Deeds without sincerity are like a traveler who carries in his water-jug dirt. The carrying of it burdens him and it brings no benefit.”
May Allah ta'ala make us all from those whose deeds are done in accordance with the Sunnah, deeds that are done sincerely for the sake of Allah.
PS: Taken from yahoogroup knowledge is light :-)
Posted at 09:20 pm by axe10
Permalink
Sunday, September 19, 2004
Senang bukan syarat untuk tenang
Got this from saujana yahoogroups :-)
Semoga artikel ini dapat menjadi peringatan kepada kita:
Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....
Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang. Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hat! i jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.
Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja! Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati. Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.
Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingat! i Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya? Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.
Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku". Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.
Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!
Posted at 10:47 pm by axe10
Permalink
Tuesday, September 14, 2004
Organ manusia paling unik yang mempunyai jiwa dan emosi
Taken from Saujana Yahoo Groups
Organ manusia paling unik yang mempunyai jiwa dan emosi - Tiada manusia boleh cipta otak
Oleh Najibah Hassan
KEPADA anda yang tidak pernah bersua dengannya, tidak sukar untuk mengenali lelaki ini. Bertubuh tinggi lampai, berkulit cerah dan berkumis tebal.
Penampilannya dengan uniform serba putih telah cukup membezakannya dengan mana-mana pengamal perubatan di universiti tempat beliau berkhidmat.
Perwatakannya cukup bersahaja dan sentiasa merendah diri. Kepada pesakit-pesakit yang pernah mendapat `sentuhan' tangan emasnya, beliau amat dikasihi dan cukup dihormati.
Tetapi, nama Profesor Dr. Jafri Malin Abdullah, begitu digeruni di kalangan masyarakat perubatan dan kakitangannya.
Pakar bedah otak yang pernah mengharumkan nama negara di mata dunia itu, bukan sekadar menempa kejayaan untuk dirinya sendiri.
Tetapi, paling penting beliau telah `pulang', dengan beberapa misi. Selain telah memartabatkan `kepakaran' rakyat negara ini ke peringkat antarabangsa, beliau membawa bersama budaya baru kepada komuniti perubatan.
Awal tahun ini, beliau dinobatkan sebagai anak Melayu pertama yang mendapat gelaran profesor.
Gelaran tanpa perlu menduduki peperiksaan daripada The Royal College Of Surgeons Edinburgh (RCSE), Scotland ini kerana sumbangannya yang cukup bermakna dalam penyelidikan, pendidikan dan pembedahan neurosains.
Meskipun, harga yang perlu dibayar oleh Ketua Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, (USM) Kubang Kerian, Kelantan, bukan sedikit, tetapi cukup berbaloi.
Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia di pejabatnya, Jafri bercakap pelbagai sisi lain tentang tanggungjawab sebagai saintis dan pakar bedah otak.
Menurut beliau, menceburi dunia perubatan sainsneuro, tanpa mengira apa juga agama dan kepercayaan, tanggungjawab yang dipikul memang besar.
``Ini kerana tak kira apa pun agama, kesemua pakar bedah otak kena faham bahawa risiko pesakit mati akibat pembedahan otak ini lebih tinggi berbanding pembedahan-pembedahan yang lain.
``Sebab itulah insurans neurosurgeri di Barat juga lebih tinggi,'' ujarnya.
Atas sebab itulah, kata bapa kepada lima anak ini, keputusan sama ada untuk melakukan pembedahan atau tidak seharusnya bersandarkan kepada ilmu dan fakta.
Bukan berlandaskan ego hingga boleh memudaratkan pesakit. Jelasnya, dalam merawat pesakit pendekatan menyeluruh lebih bermakna.
``Untuk apa kita melakukan pembedahan kepada pesakit kalau keadaannya semakin teruk, seperti lumpuh, tidak boleh bertutur dan sebagainya hingga menambahkan beban keluarganya.
``Bukankah lebih baik jika kita dapat memulangkan pesakit kepada keluarganya yang ada kualiti pada kehidupannya?'' tegas beliau.
Menceritakan pengalamannya, beliau hampir-hampir enggan melakukan pembedahan terhadap pesakitnya selagi tidak mendapat `hitam putih' daripada ketua kampung untuk menjaga kebajikan mereka.
Kata Jafri, beliau tidak mahu kebajikan pesakit dan ahli keluarganya `terabai' hanya kerana kesan akibat pembedahan yang dilakukannya.
Beliau yang gemar berpakaian sut putih ini juga mempunyai alasan tersendiri. Jelas beliau, pakaian warna putih dapat mengingatkannya kepada Tuhan dan mengawal ego sebagai pengamal perubatan.
Ini kerana, keputusan untuk melakukan atau tidak sesuatu pembedahan itu tidak boleh dibuat berdasarkan ego semata-mata. Jika tidak, ia akan memudaratkan pesakit.
``Hajat dan matlamat saya sebagai pakar bedah otak ialah untuk membantu pesakit hidup lebih lama daripada saya.
``Apabila saya meninggal dunia, mereka dapat membaca Yasin untuk saya,'' jelasnya yang mengamalkan sut putih sejak 1986 ketika berada di Belgium hingga ke hari ini.
Ditanya pandangan beliau apa uniknya organ ciptaan Tuhan seperti otak, Jafri yakin dengan jawapannya.
``Tiada seorang manusia di dunia yang akan dapat mereka otak seperti Tuhan mencipta.
``Kita boleh mereka robot dan sebagainya, tetapi Tuhan telah mencipta satu gumpalan lemak, kolesterol dan protein,'' jelasnya.
Di dalam otak mengandungi pelbagai bahan kimia, struktur protein dan kolesterol. Paling penting, ia mempunyai jiwa dan daya pemikiran.
Beliau amat percaya dan yakin, walau dalam tempoh beberapa ratus tahun dari sekarang tiada seorang saintis pun yang dapat mencipta otak.
``Apa yang kita belajar dalam bidang sains neuro ini bukan untuk mereka otak, tetapi mencari antidot ubat penyakit, angin ahmar, Alzheimer, Parkinson dan sebagainya.
Apa yang lebih unik tentang otak ialah ia adalah pusat utama yang mengawal segala-galanya. Ini termasuklah emosi dan seluruh fungsi organ dalam tubuh seperti jantung, usus, paru-paru dan sebagainya.
Mungkin sukar dipercayai, jika seseorang ingin ke tandas pun, perlu menggunakan otak.
``Hinggakan untuk hamil, bersalin dan sebagainya pun menggunakan otak. Semuanya datang daripada otak.
``Apabila orang agama bergaduh tentang mati otak, otak yang mati. Tetapi, jantung masih berdenyut lagi, tetapi apabila otak sudah mati, bermakna pesakit juga telah meninggal dunia,'' jelasnya.
Jantung kata Jafri, boleh dikeluarkan dan masih boleh berdenyut sama ada tiga hingga empat jam sehari kalau diletak bahan kimia yang sesuai.
Tetapi, tidak dengan otak. Ia tidak boleh ditukar ganti. Tidak boleh dijahit seperti organ-organ tubuh yang lain seperti buah pinggang.
``Dalam sejarah dunia perubatan, kita tidak boleh menggantikan otak yang bermasalah dengan otak orang lain.
``Tidak seperti jantung, ia boleh direka seperti mereka jantung mekanikal atau robot, tetapi tiada siapa yang boleh mereka otak mekanikal yang mempunyai emosi seperti manusia,'' jelasnya.
Jafri yang mampu bertutur dalam empat jenis bahasa termasuk bahasa Belanda ini mempunyai perancangan tersendiri dalam kerjayanya pada bidang ini.
Menyentuh rahsia kejayaan, semuanya kerana falsafah yang menjadi pegangan beliau. Dalam kamus kehidupannya, tiga perkara utama tersebut ialah tidak ada perkataan `tidak'. Kedua, Tuhan Yang Maha Agung dan ketiga, disiplin.
``Saya percaya, dalam dunia ini kecuali dengan takdir dan qadak dan qadar Tuhan tidak ada perkara yang tidak boleh dilakukan,'' ujarnya.
Setiap orang katanya, perlu berikhtiar dan pada masa yang sama, perlu seimbang dengan agama.
Tidak ada ertinya, seseorang itu belajar hingga ke peringkat yang tertinggi, tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada Tuhan.
Jafri, 41, juga tidak pernah berkompromi dalam soal disiplin. ``Saya dilatih oleh mat saleh, kalau 8.30, 8.30lah, tidak boleh lewat walau sesaat.
``Begitu juga dalam sesuatu perkara, ya atau tidak, saya tidak ada di tengah-tengah,'' jelasnya.
Menurut Jafri, untuk mendapatkan penghormatan atau pengiktirafan daripada masyarakat Barat berhubung kerja-kerja penyelidikan bukan sesuatu yang mudah.
``Sekiranya hasil kajian disiarkan dalam jurnal kita sendiri, mereka akan menuduh kita cuba memanipulasi.
``Dan, pada masa yang sama untuk menembusi laluan mereka juga terlalu sukar, kerana mereka melihat orang Melayu sebagai bangsa yang lemah,'' jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, semasa di luar negara, beliau amat menghargai apabila diberi penghormatan untuk menunaikan ibadah solat dengan selesa daripada profesornya sendiri.
Apa yang mengejutkan beliau ialah, kata-kata yang diluahkan profesornya.
``Tanpa Ibnu Sina mereka mengakui mungkin mereka akan tinggal dalam gua hingga hari ini, kerana Ibnu Sinalah yang membawa sains kepada orang Barat dan Eropah.
``Mereka (orang-orang Eropah dan Barat) ingin mengembalikan kegemilangan orang Islam, sayangnya orang Islam hanya bijak bercakap tetapi tiada apa yang dihasilkan,'' katanya.
Posted at 05:34 pm by axe10
Permalink
Thursday, September 09, 2004
Baitul Muslim - Episode 2
"Oi, bangun! Bangun!"
Nasuha cuba mengangkat kelopak mata yang terasa perit. Silau matahari pagi memanah mata.
"Eh, bangunlah, cepat!"
Bahunya ditujah kuat. Pantas Nasuha bangkit dari pembaringan. Dihadapannya, tiga lelaki berpakaian seragam tercegat memandang. Masing-masing menggalas senapang.
"Bangun!" sergah seorang lelaki yang kelihatan berbangsa Melayu. Dua orang kawannnya yang lain berkulit agak cerah dan jelas kelihatan seperti bangsa asing.
"Kau... kau nak apa!?" soal Nasuha menahan gugup. Lelaki Melayu tadi tertawa kecil semacam cuba menyakitkan hatinya.
"Aku nak apa?" ejek si lelaki Melayu. Dikerlingnya ke arah dua temannya yang tidak lepas memandang Nasuha.
"She's a Muslim. What should we do?" suara salah seorang kawan si lelaki Melayu. Lelaki Melayu mengangguk pantas sambil menggosok dagu.
"Eh, kau nak apa hah?! Apa ni?"
Nasuha diserang panik sewaktu bahunya dicengkam kuat. Dia cuba meronta tapi semakin kuat mereka memegangnya. Dalam keadaan panik itulah tiga das tembakan mengocak keheningan pagi.
Nasuha terpaku, tidak percaya dengan pandangan mata sendiri. Tiga lelaki tadi terjelepok ke bumi dengan darah membasahi tubuh. Kaku tidak bergerak lagi. Tidak jauh darinya, seorang lelaki berserban hijau dengan jubah hijau separas lutut sedang menggalas senapang. Mereka berbalas pandang sedetik dua. Melihatkan lelaki berserban itu membatu cuma, pantas Nasuha mencapai senapang yang tersadai di sebelah mayat lelaki Melayu tadi.
"Jangan rapat! Kalau tidak aku tembak!"
Nasuha memberi amaran dengan tangannya menggigil memegang senapang. Anehnya lelaki itu tidak sedikit pun berubah air mukanya malah dia terus memungut senapang musuh tanpa menghiraukan Nasuha. Hampir menangis Nasuha melihatkan gelagat lelaki itu.
"Siapa kau, hah?! Apa semua ni?" Nasuha memberanikan diri bertanya. Waktu itulah lelaki berserban memandangnya semula.
"Sabar, cik. Ana pejuang Syed Omar," ujar lelaki berserban tenang.
"Syed Omar?"
"Ya, kumpulan pejuang Islam. Ana yakin enti juga beragama Islam, bukan?" soal lelaki berserban kelihatan agak dingin. Nasuha tidak segera memberikan jawapan. Dia berfikir sejenak.
"Argh!"
Tiba-tiba lelaki berserban hijau terjerit kecil. Mendadak lelaki berserban terhenyak ke tanah. Seluar hijau lusuhnya dipenuhi cairan merah pekat. Sebilah pisau terpasak pada kaki kirinya. Dua lelaki beruniform terbias pada layar kornea. Bagaikan mendapat semangat baru, Nasuha memetik picu dan belum pun sempat musuh berbuat apa-apa, Nasuha melepaskan tembakan bertubi-tubi.
"Berhenti! Cik, sudahlah!" pekik pejuang Syed Omar tadi. Seolah baru tersedar dari mimpi, Nasuha memandang lama ke arah dua musuh yang telah terlentang kaku. Senapang di tangan terjatuh ke tanah. Dia menekup mulut.
"Sa...saya.. bunuh.." gumammya perlahan.
"Mereka halal dibunuh. Mereka musuh Islam! Sudah, ayuh kita ke tempat persembunyian. Sekejap lagi pasti lebih ramai yang datang. Lebih baik kita tinggalkan tempat ni sekarang," tegas Pejuang Syed Omar seraya cuba berdiri. Berkerut mukanya menahan kesakitan. Dia ingin membuka langkah tapi kembali terduduk ke bumi.
"Sudah cabut pisau tadi?" tanya Nasuha yang hanya memerhati sejak tadi. Pejuang Syed Omar mengangguk lemah. Tanpa sebarang kata, Nasuha menghampiri pejuang Syed Omar lalu dia cuba membantu lelaki itu berdiri. Mulanya terhuyung-hayang juga Nasuha tetapi selepas beberapa langkah dia berjaya mengimbangi badan. Pejuang Syed Omar dipapahnya dengan sabar.
Perjalanan Nasuha dan Pejuang Syed Omar itu agak sukar. Mereka terpaksa melalui lorong sempit yang berdebu. Apatah lagi mereka terpaksa bersembunyi setiap kali bertembung dengan tentera darat musuh yang sibuk menggeledah. Saat itu jantung berdegup kencang dan hanya pada Tuhan tempat untuk meminta perlindungan.
Nasuha tidak tahu ke mana lelaki itu cuba membawanya. Tetapi sewaktu berada di hadapan sebuah bangunan yang hampir ranap, langkah lelaki itu mati. Nasuha memerhati bangunan di hadapannya.
"Dewan Kuliah Gamma!" desisnya agak terkejut.
Dewan Kuliah yang saban hari dikunjunginya. Di situlah dia menimba ilmu sejak setahun yang lalu. bangunan yang menjadi kemegahan para pelajar jurusan Kejuruteraan Teknologi Maklumat kini tinggal debu dan serpihan batu serta konkrit. Pejuang Syed Omar mengisyaratkan agar mereka merapati salah satu dinding bangunan yang kelihatan masih elok. Dia mengetuk dinding itu beberapa kali.
Tiba-tiba sahaja sebuah pintu kecil yang hanya muat untuk seorang terkuak.
"Ini pintu rahsia kami," ujar Pejuang Syed Omar tanpa disoal.
Dua tiga orang lelaki lain yang berpakaian hampir sama dengan Pejuang Syed Omar itu muncul sebaik sahaja Nasuha dan pejuang Syed Omar melangkah masuk. Dia tiga orang lelaki tadi kelihatan terkejut lantas memapah pejuang Syed Omar itu.
Di sebalik pintu kecil, ada dua lorong gelap dan sempit. satu menghala ke kanan dan satu lagi menghala ke kiri.
"Ali, bawa dia ke tempat akhwat," suara pejuang Syed Omar kepada seorang budak lelaki dalam lingkungan usia belasan tahun.
"Baiklah," sahut budak lelaki bernama Ali.
Nasuha segera mengekori budak lelaki tadi menyusuri lorong sempit yang menghala ke kiri. Hanya cahaya api dari jamung-jamung yang diletakkan pada dinding menerangi lorong. Betul-betul kelihatan seperti sebuah tempat persembunyian bawah tanah.
"Cik,"
Baru beberapa langkah menapak, pejuang Syed Omar yang tercedera tadi memanggil. Nasuha serta Ali menoleh ke belakang; memandang lelaki yang sedang dipapah.
"Innallahama'ssobirin," ucap pejuang Syed Omar agak dingin tetapi bersungguh. Tidak secalit pun senyum terukir pada bibir yang kemerahan itu.
Nasuha mengangguk cuma lalu kembali meneruskan langkah.
To be continue :D
Posted at 10:35 pm by axe10
Permalink
Wednesday, September 08, 2004
Baitul Muslim - Episode 1
Pandangan dihalakan ke luar tingkap. Gelap pekat. Hujan masih turun renyai-renyai sejak petang tadi. Pulang sahaja dari kuliah dia terus keluar ke restoran untuk berbuka puasa bersama teman-teman serumah. Selesai menjamu selera, mereka ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib. Kebetulan ada Kuliah Ramadhan, jadi mereka tidak segera pulang. Mereka terus sahaja bersolat Isya' dan solat sunat tarawikh di masjid itu. Lebih kurang pukul 10.30 malam, barulah mereka pulang dalam keadaan penat.
Sudah setahun lebih mereka berenam menyewa rumah yang terletak berdekatan kampus itu. Mereka semua hampir sebaya walaupun tidak mengambil jurusan yang sama.
"Oi, Suha!"
Sergahan kasar dari belakang membuatkan dia tersentak kecil. Anis, teman serumahnya yang paling rapat sedang bercekak pinggang.
"Apa?" tanyanya sambil mengeliat kecil. Rasa enak pula bermalasan di katil.
"Kot ye pun penat, pergilah salin baju dulu. Nanti giliran kita untuk masak makanan bersahur karang." tegas Anis.
"Alah, nantilah," balasnya seraya memeluk kejap bantal peluk.
"Aku cuma mengingatkan saja. Nanti kalau tertidur, alamatnya berbunyilah 'siren' perang. kau bukannya tak tahu mulut budak-budak rumah ni," ujar Anis lantas berlalu ke ruang tamu.
"Hmm, kau pun apa kurangnya," omelnya sendirian.
Pandangannya ditebarkan semula ke luar tingkap lagi. Udara dingin menyapa tubuh. Dia tersenyum apabila mengingatkan kehidupan mereka berenam, sentiasa ceria serta rukun dan saling membantu. Segala masalah diselesaikan bersama dan sentiasa pula berkongsi kegembiraan. Dia terus leka dalam lamunan dan terlelap di situ.
Nasuha tersentak dari tidur. Telinganya menangkap bunyi siren panjang dan nyaring. Dia memasang telingan sambil melilau ke sekeliling dalam keadaan keliru.
"Suha! Cepat! Kita lari dari sini!"
Tiba-tiba Anis muncul dan segera menarik keras lengannya
"Lari? Ke mana? Kenapa?" Nasuha bingung.
"Kau tak nampak ke? Musuh sedang mengganas. Mereka lakukan serangan udara. Sekitar kampus sudah teruk dibom."
"Apa yang kau merepek ni, Anis?"
"Bukan aku yang merepek tapi kau tu yang mamai. Ayuh, cepat! Nanti tentera darat musuh sampai."
Bersungguh benar Anis menariknya.
Mulut Nasuha terkunci. Dia tidak mampu berkata apa-apa melainkan menurut sahaja kehendak Anis. Sebaik sahaja keluar dari rumah sewa mereka, Nasuha terpempan lama. Keadaan sekitar sudah jadi padang jarak padang tekukur. Beberapa orang penduduk sekitar berlari tidak tentu arah di celah-celah runtuhan bangunan yang berasap dan hangus. Anis terus menyentap tangan Nasuha supaya mengikut rentak lariannya. Masing-masing kelihatan panik.
"Anis, mana kawan-kawan kita yang lain? Kak Minah, Safiah, Norin ...?"
Nasuha melemparkan pertanyaan dalam nafas yang tercungap-cungap kerana kaki rancak membuka langkah sepantas mungkin.
"Aku tak tahu. Pagi-pagi lagi diorang ke kampus nak tahu keputusan mesyuarat gencatan senjata semalam. Tak sangka pihak musuh secabul ini. Menyerang kita tiba-tiba!" jelas Anis tampak geram.
"Habis kita nak ke mana ni?"
Nasuha semakin keliru. Cemas pun ada. Sejak bila negara ini bermusuhan dengan kuasa luar? Sejak bila pula negara terpaksa menandatangani gencatan senjata? Baru petang tadi dia pergi kuliah dan waktu itu negara masih aman damai tanpa gangguan. Malah sempat menunaikan Rukun Islam yang ke tiga. Apakah dia bermimpi?
"Argh!"
Anis menjerit tiba-tiba dan serentak itu juga kilauan cahaya beserta dentuman bunyi yang kuat menyesak telinga. Serpihan bangunan yang berkecai mengenainya. Sejurus kemudian suasana sunyi-sepi. Keadaan sekeliling gelap-pekat.
"Anis! Anis!" pekik Nasuha cemas.
Namun pekikannya tidak bersahut. Anis sudah hilang daripada pandangan. Dentuman bom bergema lagi umpama Pesta Tahun Baru Cina. Tapi itu tiga bulan yang lalu; disambut dengan gembira. Kali ini dentuman-dentuman itu disertai dengan pekikan ngeri dan cemas.
Nasuha berlari lagi mengikut rentak kakinya tanpa hala tuju. Baju kurung serta tudungnya sudah dibasahi keringat serta melekat debu. Sesekali dia bertembung dengan dua tiga orang rakan sekuliah. Dia cuba bertanya tapi mereka terus saja melarikan diri di celah-celah runtuhan bangunan tanpa menghiraukannya yang seolah tidak wujud di hadapan mereka.
Akhirnya Nasuha tercegat keletihan di hadapan kantin kampus yang hampir ranap semua sekali. Dia terduduk seraya menyapu peluh di dahi dengan hujung lengan baju kurung. Matanya melilau mencari kelibat manusia agar dapat dia meminta tolong. Tekaknya pula perit meminta air. Perlahan-lahan dia merangkak ke bawah meja makan yang berdekatan lantas berpeluk tubuh di situ. Kadang-kadang dentuman bom bergema beserta kilauan cahaya yang menerangi persekitaran dan setiap kali itu jugalah jeritan serta pekikan ngeri menerjah telinga. Nasuha mula berasa takut. Dia bersendirian kini ditambah pula tidak tahu ke arah mana hendak dituju. Rata-rata dilihatnya hanyalah ketulan dan serpihan batu bercampur konkrit. Asap mula berkepul-kepul memenuhi udara. Nasuha bingung, puas dicuba berfikir untuk mencari penyelesaian tanpa disedari akhirnya dia terlena di bawah meja makan itu.
InsyaAllah, to be continue :-)
Posted at 09:22 pm by axe10
Permalink
A' Is For Allah (alif Is For Allah)
A nice song from Yusuf Islam
A' is for Allah, nothing but Allah;
Ba is the beginning of Bismillah;
Ta is for Taqwa, bewaring of Allah;
and Tha is for Thawab, a reward;
Ja is for Janna, the Garden of Paradise;
Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage;
Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW);
Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began;
Dha is for dhikr, remembering Allah;
and Ra is for the month of Ramadhan, ohh Ramadhan;
Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need;
Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam;
Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone;
and Sua is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him, till we meet our lord;
Allah there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Dua is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white;
Tua is for tareeq, the path to walk upon;
and Dhua is for dhil, a shadow;
and Aa is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam;
Gha is for ghaib, a world unseen and that we know is not a dream;
Fa is for, the Opening, Al-Fatiha;
and Qua for the Qur'an, the book of God;
and Ka is for kalima, a word we're taught to teach us what is good and what is not;
and La is for the beginning of La ilaha illa'allah;
Ma is for the Messenger Muhammed-ur-Rasoolillah. La ilaha illa'allah, Muhammed-ur-Rasulilllah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, la ilaha illa'allah;
Na is for nawm, the sleep God gave to give us rest after the day;
Ha is for the Hijra, the journey that, the Prophet made;
and Wa for wudu before we pray to help us wash our sins away;
and Ya for Yawm-mid-Deen;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Jesus was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Moses was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Abraham was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Noah was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and he created Adam, and we are the children of Adam. Allah,
La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah.
Posted at 06:25 pm by cengkih
Permalink
Monday, September 06, 2004
CINTA SUCI DALAM RUMAHTANGGA ISLAM
Interesting article taken from Saujanaku Yahoo groups.
Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup. Tiada manusia yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan fikirannya sudah tidak normal. Tiada siapa mahu diumpat keji, kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.
Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat ujian. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian kesusahan hidup.
Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda, diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan; namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.
Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha, sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang datang akan dirasai dengan kehendak Allah.
Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, "Wahai Tuhan, datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan" atau "Aku bergembira dengan kesusahan hidup yang menimpa". Manusia yang jiwa dan fikiran yang sihat akan berkata, "Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat".
Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan air mata selalu mengalir.
Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain. Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.
Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai "neraka dunia" dan rumahtangga yang aman damai sebagai "Jannatul Ajilah" iaitu 'syurga dunia' yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.
Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita ketika hendak mendirikan rumahtangga.
Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.
Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan kepada dirinya seorang diri.
Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya.
Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku. Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-tindakan tanpa arah tujuan.
Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa. Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur kebahagiaan kepada kita.
Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta olen Allah S. W. T.
Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.
Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, "Kalau suami kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?" Bisikan-bisikan jahat berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang menjadi matlamat.
Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah. Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang dikasihi-Nya.
Note: Pesanan untuk diri dan peringatan untuk rakan2 yang dikasihi. This applies to both parties, girl and boy ;-) Firstly, maaf jika ader yang terasa hati. Niat saya hanya untuk menyampai sekadar yg boleh.
Jangan jadikan teman hidup sebagai matlamat kita di dunia ini. Open your eyes, learn in depth about Allah, yourselves and this world and insyaAllah u will find, there are far more greater things that u can achieve :-)
Posted at 01:30 am by axe10
Permalink
Monday, August 30, 2004
Rabbani - CITA-CITA DAN CINTA
Duhai temanku
Mengapa dipisahkannya
Cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba
Di mana citamu...Di mana cintamu
Keduanya perlu...Kau binalah kerana Tuhanmu
Agar keduanya berpadu
Cinta yang hakiki...Lahir di hati suci
Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cinta-cita dan cinta
Cinta yang sejati...Bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa
Kernaa iman dan Islam
Harus kita menunaikannya
Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu
Posted at 12:03 am by axe10
Permalink
|
|
|