Baitul Muslim
Episode
1
Episode
2
Episode
3
Episode
4
This story is
written by a fren of mine (name is kept secret). Edited by axe10 with
permission from the writer. A note from writer "Semua watak dan jalan
cerita adalah rekaan pengarang semata-mata. Tidak ada kaitan antara yang telah
meninggal dunia atau yang masih hidup. Kalau ada nama atau jalan cerita yang
sama dengan sesiapa, itu hanyalah kebetulan sahaja."
|
|
|
 |
|
Saturday, October 09, 2004
Nasuha terduduk keletihan di tempat tidurnya semalam. Dia mengesat peluh yang menitik dengan hujung lengan baju kurungnya yang dipakai sejak dua hari lalu. Aneh pula apabila memikirkan baju itu masih berbau wangi seolah baru dibasuh. Namun dia segera teringat akan maksud ayat ke 82, surah Yassin. Allah itu maha berkuasa. Hanya dengan "berkata": "Jadilah!" maka segala yang Dia mahu akan terjadi. Walau semustahil mana pun, ia tetap berlaku kerana kekuasaan-Nya tiada tara jua batasan.
Tidak jauh dari tempat Nasuha berehat, Mak Ngah Piah masih sibuk menguruskan beberapa orang wanita dan kanak-kanak yang tercedera. Nasuha tidak berani menolong kerana memang sejak kecil lagi dia pantang tengok darah. Pasti dia akan-akan muntah-muntah dan pening kepala. Sejak mula bangun tidur tadi, Mak Ngah Piah tidak henti-henti menyuruhnya itu dan ini. Selepas keluar membasuh beras, dia memasak untuk makanan bersahur. Kemudian mengimami solat Subuh berjemaah. Baru sahaja habis berdoa, dia mengemaskan tempat berdoa. Kemudian mengagihkan pula makanan untuk mereka yang tidak mampu berpuasa. Baru sebentar tadi dia diminta membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan. Dia keletihan kini. Namun tidak bagi Mak Ngah Piah nampaknya.
"Nasuha." Panggilan itu memaksa dia menoleh. Seorang perempuan yang meminta dirinya dipanggil Mak Yah tersenyum.
"Mak Yah! Apa yang boleh saya tolong?" soal Nasuha sopan meski keletihan menggigit seluruh urat sendirinya.
"Boleh makcik duduk?"
"Oh, ya. Silakan."
Mak Yah melabuhkan punggung disebelah Nasuha.
"Jadi pembantu Mak Ngah bukan senang. Tentu kamu keletihan," ujar Mak Yah sambil memandang Mak Ngah Piah yang berada tidak jauh dari situ. Nasuha tersenyum cuma, dalam diam mengiyakan pendapat Mak Yah. Belum pun sampai 24 jam dia menjadi pembantu Mak Ngah Piah, dia sudah dipaksa berhadapan dengan pelbagai kerja. Rasa tidak larat dan berputus asa timbul juga didalam benak tapi hatinya cepat-cepat menegah. Dia perlu cekal, dia mahu jadi seperti Mak Ngah Piah. Dia tidak pernah menyesal jadi pembantu Mak Ngah Piah.
"Sekejap sahaja nama kamu sudah meniti di bibir orang-orang kat sini," Sambung Mak Yah.
Nasuha tertawa kecil.
"Kenapa kamu ketawa?"
"Takkanlah sampai macam tu sekali. Saya cuma menolong apa-apa yang patut."
"Kamu tidak percaya? Betul, Mak Yah tak tipu. Kamu ni cantik, rajin pula. Mana tidaknya?"
Bersungguh benar Mak Yah tampaknya mengundang sedikit rasa kurang senang pada Nasuha. Dia turut memandang ke arah Mak Ngah Piah.
"Saya suka jadi pembantunya"
"Iyakah? Kamu betul-betul maksudkannya?"
"Mengapa tidak?"
"Dia memang seorang ketua yang tegas, baik hati. Dia tidak pernah letih menjaga kebajikan kami semua. Tapi dia tidak pernah memberi keistimewaan kepada sesiapa termasuk pembantunya. Senyum pun jarang sekali. Tidak ramai yang sanggup jadi pembantunya lama-lama. Tambahan pula bulan puasa macam ni. hai, bilalah semua ini akan berakhir? Makcik betul-betul berharap takbir raya tahun nitidak akan disambut dalam ledakan bom macam tahun sudah."
Keluhan Mak Yah mematikan perbualan.
Nasuha berfikir sejenak. ' Tahun sudah? Seingatku baru tahun lepas balik beraya di kampung. Gembira sekali!' desis hatinya. Tetapi dia tidak berani untuk bertanya.
Mak Ngah Piah menghampiri Nasuha dan Mak Yah. Dia mengibas-ngibas tudungnya untuk menghilangkan peluh seperti selalu.Dia memandang ke arah Mak Yah dan Nasuha.
"Sudah hilang letih kamu, Nasuha?" soal Mak Ngah Piah.
"Ya, Mak Ngah. Lega sedikit," jawab Nasuha yang sudah dapat mengagak dia bakal diberi tugasan baru.
"Hmm, mari kita mulakan tugas seterusnya. Lepas ni kau bolehla berehat sekejap sementara menunggu masa untuk memasak makanan tengahari. Ramai juga yang tidak mampu puasa hari ni," ujar Mak Ngah Piah lantas mencapai sebuah kotak kayu yang agak besar lalu dikeleknya.
Nasuha segera bangkit sambil menyapu debu-debu yang melekat pada baju.
"Tolong panggil seorang lagi untuk menolong. Bawakan sekali sebaldi air paip," arah Mak Ngah Piah macam selalu. Nasuha menurut saja tanpa banyak macam selalu. Nasuha menurut saja tanpa banyak soal. Dia ingat pesan Mak Ngah Piah semalam.
Mak Ngah Piah menyusuri lorong sempit yang menghala ke kanan sambil diekori oleh Nasuha dan seorang budak perempuan bernama Mawar. Mereka tidak banyak bercakap meski Nasuha didesak perasaan ingin tahu. Mawar kelihatan tenang saja seolah sudah sedia maklum. Tentu gadis kenit yang baru berusia enam belas tahun itu pernah membantu Mak Ngah Piah sebelum ini.
Langkah Mak Ngah Piah terhenti memaksa Nasuha dan Mawar turut berbuat begitu. Mak Ngah Piah menyelak tabir yang diperbuat daripada perca-perca kain dihadapan mereka. Nasuha tergamam lama sebaik sahaja tabir diselak. Di dalam ruang yang sempit itu, lebih kurang 20 orang lelaki terbaring di lantai yang hanya dilapiki tikar mengkuang beserta sebuah bantal setiap seorang. Ada yang mengerang kesakitan malah ada juga yang kelihatan sudah uzur benar.
"Kamu pernah ke sini?" bisik Nasuha ke telinga Mawar. Mawar mengangguk saja.
"Siapa mereka?" Soal Nasuha lagi.
"Para mujahid yang tercedara dan beberapa orang yang sudah tidak larat untuk pergi berperang," balas Mawar perlahan benar takut didengari oleh Mak Ngah Piah.
"Buat apa kita ke sini?"
"Rawat mereka!"
Nasuha terkedu.
"Mawar, kamu periksa dua orang kat hujung sana tu. Dan ,kau Nasuha, mari tolong aku." arah Mak Ngah Piah lantas menghampiri seorang lelaki yang baring paling rapat dengan pintu. Kotak kayu besar yang dikeleknya tadi dibuka perlahan. Pelbagai jenis ubat dan kain pembalut luka tersusun rapi di dalam kotak itu. Nasuha menghampiri Mak Ngah Piah dalam debar.
Lelaki pertama tadi tidak lah teruk sangat lukanya. Cuma memerlukan sedikit pembersihan dan balutan baru. Itu pun Nasuha cuba sedaya mungkin menahan sesuatu yang ingin keluar dari perutnya. Kemudian Mak Ngah Piah beralih pula kepada lelaki yang kedua. Dia mengalami kecedaraan di mata dan tidak banyak yang Nasuha boleh tolong.
"Kamu pergi rawat lelaki yang ketiga tu. Ambil ubat-ubat ni," arah Mak Ngah Piah.
Nasuha mencapai sekotak kayu di sisi Mak Ngah Piah. Seraya menghampiri lelaki yang dimaksudkan oleh wanita itu.
Lelaki itu sudah cedera teruk di kaki. Dia cuma tunduk memandang lantai dalam keadaan duduk. Suasana suram di tempat itu menghalang orang lain melihat wajahnya. Namun serban hijau di kepala membezakan dia dengan orang lain.
"Errr...Assalammualaikum. Awak ....awakkah yang selamatkan saye tempoh hari?" tegur Nasuha dalam ragu-ragu sambil tanganyya ligat membasuh luka pemuda itu. Lelaki di hadapannya mengangkat muka, memandang Nasuha agak lama. Tapi sejurus kemudian dia cepat-cepat menundukkan semula wajahnya semacam baru melakukan kesilapan.
"waa'laikumsalamwarahmatullah. mungkin," balas pemuda itu dingin
"Apa....apa khabar sekarang?" Nasuha masih cuba ingin berbual.
"Sebagaimana yang anti lihat, sebagaimana itulah keadaan ana sekarang," Suara si pemuda menampakkan sedikit kemesraan.
"Nampaknya agak teruk. Awak perlu banyak berehat," ujar Nasuha tanpa mengalihkan perhatian daripada tugasnya. Rasa mual terus mengasak perut. Kebisuan yang tercetus di antara mereka menyebabkan rasa loya terus mendera. Mujurlah Nasuha semapt membalut luka pemuda itu dengan baik.
Nasuha beralih kepada lelaki yang kelima, agak teruk juga di betisnya. Lelaki yang agak berumur itu diam memerhati Nasuha membuka balutan lama. Sebaik sahaja balutan dibuka, cebisan daging yang reput jatuh ke lantai. Nanah bercampur darah pekat kehitaman meleleh menyusuri betis lelaki itu. Kali ini Nasuha gagal mengawal keadaan. Dia berlari keluar sambil menekup mulut. Tanpa mempedulikan sesiapa, Nasuha meredah keluar melalui pintu kecil. Sempat pula dia menghampiri semak yang merimbun berdekatan. Di situlah segala makanan bersahurnya berlumba-lumba keluar dari kerongkong.
Beberapa minit kemudian Nasuha bersandar pada pokok dalam keletihan. Waktu itulah, Tiba-tiba kepalanya ditujah dengan benda keras. Hampir dia tersungkur menyembah tanah.
"Bangun!"
To be continue..
Posted at 12:19 am by axe10
Permalink
Friday, October 08, 2004
LOVE ur mom while you still can
Sometimes we tend to ignore people dear to us. Just because we see & meet them everyday, we didnt feel the need to express d appreciations, thanked them & treat them nicely. This is a really great poem that i got from Saujana Yahoo group. Read them and i hope, insyaAllah, it will benefit us and maybe give a new different view, on how should we treat our dearie ones.
p/s: I'm not sure whether the signature below indicates the original writer of this article. Just assume he is :-) Wallahualam
I Had a marvelous mother who loved me. Sacrificed for me and helped me in every way Possible. In all of my growing up, through college and eventually marriage, my mother was always at my side. And when I needed help with my little ones, she was there for me. Today, we buried this wonderful women Can you imagine how I felt when I returned Home to find this poem in her desk drawer?
THE TIME IS NOW
If you are going to love me
Love me now while I can know
The sweet and tender feelings
Which from the true affection flow
Love me now while I am living
Do not wait until I am gone
And then have it chiseled in marble
Sweet words on ice cold stone
If you have tender thoughts of me
Please tell me now
If you wait until I am sleeping
Never will be death between us
And won't hear you then
So if you love me, even a little bit
Let me know while I am living
So that I can treasure it.
Now she is gone and I am sick with guilt Because I never told her what she meant to Me. Worse yet, I did not treat her as she Deserved to be treated. I found time for everyone and everything but I never made time for her.
It would have been easy to drop in for a cup Of tea and a hug but my friends came first.
Would any of them have done for me what My mother did? I know the answer.
When I called mom on The phone, I was always in a hurry. I feel Ashamed when I think of the times I cut her Off.
I remember too the times I could have Included her and didn't. Our children loved Grandmother from the time they were babies. They often turn to her for comfort and Advice. She understood them,
I relies now That I was to critical too short tempered, Too stingy with praise. Grandma gave them unconditional love,
The world is filled with sons, daughters and a child like me.
I hope they see themselves in this letter and realize form it. I am sick with regret but it is to late for Me. Do not make the same mistake as me
--By Akram Mohamad--
Posted at 05:49 pm by axe10
Permalink
Tuesday, October 05, 2004
Setakat berjumpa, OK ape?! Part 2
This is the continuation of the earlier entry. It is actually a comment from one of the reader, Humairah
Menjadi suatu perkara biasa bila bercinta sebelum kahwin atas pelbagai alasan berdasarkan akal.
Tidak dinafikan ia ada baik dan buruknya tetapi jika ia dilihat pada pandangan wahyu maka banyak keburukannya terutama dari segi pelanggaran kepada hukum syariat sendiri pada kebiasaannya dan banyak membuka kepada pintu penzinaan.
Oleh kerana ia menjadi suatu kebiasaan menyebabkan kita tidak lagi menghiraukan apa kata syarak cuma kita hanya menjaga agar tidak berlaku maksiat yang lebih besar terutama zina sedangkan kebanyakan muqaddimah atau pintu zina telah pun dihampiri samada dalam keadaan sedar atau tidak. Apakah keseronokan bercinta melebihi pegangan kita terhadap agama. Adakah suatu yang kolot jika tidak bercinta sebelum kahwin. Atau bagaimana cara terbaik untuk bercinta tanpa melanggar adab yang telah ditetapkan oleh syarak.
Biasanya adat bercinta mahu bercakap kemudian mahu bertemu muka seterusnya jika terus hanyut maka perkara lain akan menyusulinya walau pun bukan kesemua yang bercinta melakukannya. Jika hendak bertemu tunang pun ada adab yang perlu dijaga apatah lagi yang belum diikat dengan apa-apa hubungan atau ikatan. Kita lihat beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi yang biasanya dilanggari oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin iaitu sebagaimana berikut :
1. Bahaya pandang memandang
a. Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka..... ( surah an-Nur ayat 31 )
b. Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )
2. Bertemu muka bersendirian tanpa mahram
a. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Jabir r.a )
b. Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Amir bin Rabie'ah r.a )
3. Berjabat tangan atau bersentuhan dengan mereka yang halal kahwin
Siti Aisyah r.a berkata : Tidak! Demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain. Baginda hanya melakukan bai'ah ( janji setia) dengan mereka (perempuan) dengan percakapan ( Riwayat imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi )
Posted at 11:11 am by axe10
Permalink
Monday, October 04, 2004
FYI/FYA
Got this from a fren of mine :-)
F A M I L Y
I ran into a stranger as he passed by,
"Oh excuse me please" was my reply.
He said, "Please excuse me too;
I wasn't watching for you."
We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said good-bye.
But at home a different story is told,
How we treat our loved ones, young and old.
Later that day, cooking the evening meal,
My son stood beside me very still.
When I turned, I nearly knocked him down.
"Move out of the way," I said with a frown.
He walked away, his little heart broken.
I didn't realize how harshly I'd spoken.
While I lay awake in bed,
God's still small voice came to me and said,
"While dealing with a stranger,
common courtesy you use,
but the family you love, you seem to abuse.
Go and look on the kitchen floor,
You'll find some flowers there by the door.
Those are the flowers he brought for you.
He picked them himself: pink, yellow and blue.
He stood very quietly not to spoil the surprise,
you never saw the tears that filled his little eyes."
By this time, I felt very small,
And now my tears began to fall.
I quietly went and knelt by his bed;
"Wake up, little one, wake up," I said.
"Are these the flowers you picked for me?"
He smiled, "I found 'em, out by the tree.
I picked 'em because they're pretty like you.
I knew you'd like 'em, especially the blue."
I said, "Son, I'm very sorry for the way I acted today;
I shouldn't have yelled at you that way."
He said, "Oh, Mom, that's okay.
I love you anyway."
I said, "Son, I love you too,
and I do like the flowers, especially the blue."
FAMILY
Are you aware that if we died tomorrow, the company
that we are working for could easily replace us in
a matter of days.
But the family we left behind will feel the loss
for the rest of their lives.
And come to think of it, we pour ourselves more
into work than into our own family,
an unwise investment indeed,
don't you think?
So what is behind the story?
Posted at 05:29 pm by axe10
Permalink
Wednesday, September 29, 2004
if man are allow to exercise polygyny why women can't excersice polyandry?
2. POLYANDRY
Question:
If a man is allowed to have more than one wife, then why does Islam prohibit a
woman from having more than one husband?
Answer:
A lot of people, including some Muslims, question the logic of allowing Muslim
men to have more than one spouse while denying the same ‘right’ to women.
Let me first state emphatically, that the foundation of an Islamic society is justice
and equity. Allah has created men and women as equal, but with different
capabilities and different responsibilities. Men and women are different,
physiologically and psychologically. Their roles and responsibilities are different.
Men and women are equal in Islam, but not identical.
Surah Nisa’ Chapter 4 verses 22 to 24 gives the list of women with whom
Muslim men can not marry. It is further mentioned in Surah Nisa’ Chapter 4
verse 24 “Also (prohibited are) women already married”
The following points enumerate the reasons why polyandry is prohibited in
Islam:
1. If a man has more than one wife, the parents of the children born of such
marriages can easily be identified. The father as well as the mother can
easily be identified. In case of a woman marrying more than one husband,
only the mother of the children born of such marriages will be identified and
not the father. Islam gives tremendous importance to the identification of
both parents, mother and father. Psychologists tell us that children who do
not know their parents, especially their father undergo severe mental
trauma and disturbances. Often they have an unhappy childhood. It is for
this reason that the children of prostitutes do not have a healthy childhood.
If a child born of such wedlock is admitted in school, and when the mother
is asked the name of the father, she would have to give two or more names!
I am aware that recent advances in science have made it possible for both
the mother and father to be identified with the help of genetic testing. Thus
this point which was applicable for the past may not be applicable for the
present.
2. Man is more polygamous by nature as compared to a woman.
3. Biologically, it is easier for a man to perform his duties as a husband despite
having several wives. A woman, in a similar position, having several
husbands, will not find it possible to perform her duties as a wife. A woman
undergoes several psychological and behavioral changes due to different
phases of the menstrual cycle.
4. A woman who has more than one husband will have several sexual
partners at the same time and has a high chance of acquiring venereal or
sexually transmitted diseases which can also be transmitted back to her
husband even if all of them have no extra-marital sex. This is not the case
in a man having more than one wife, and none of them having extra-marital
sex.
The above reasons are those that one can easily identify. There are probably
many more reasons why Allah, in His Infinite Wisdom, has prohibited polyandry.
Posted at 11:05 pm by servant
Permalink
Friday, September 24, 2004
Ruang itu agak sempit dan rimas apabila dihuni oleh lebih kurang 40 orang wanita dan anak-anak kecil. Masing-masing dengan pelbagai gelagat; ada yang sedang memasak, tidur dan tidak kurang pula yang sedang mengerang kesakitan. Semuanya sudah cukup untuk membayangkan betapa sengsaranya erti sebuah peperangan. Nasuha masih tercegat di pintu masuk. Sungguh dia tidak menyangka bangunan Dewan Kuliah Gamma yang saban hari dikunjungi mempunyai pintu rahsia ke tempat persembunyian bawah tanah seperti itu. Akal waras Nasuha masih enggan menerima kenyataan di depan mata.
"Eh, apa tercegat lagi disitu?! Cepat agih-agihkan bubur nasi ni. Ingat, beri kepada yang tak mampu berpuasa saja."
Suara arahan itu mengganggunya. Seorang perempuan yang hampir sebaya dengan ibu di kampung menghulurkan seperiuk besar bubur nasi yang masih panas kepada Nasuha. Dia menyambut gugup.
"Hmm, kamu orang barukah?" perempuan itu bertanya sebaik sahaja periuk panas bertukar tangan.
"Ya makcik. Saya Nasuha"
"Baguslah, tambah lagi seoarng saudara. panggil aku Mak Ngah Piah. Nah, cepatlah! Mereka semua tengah lapar."
Cepat-cepat Nasuha mengambil senduk yang dihulurkan oleh seorang budak perempuan lalu membahagikan bubur nasi kepada mereka yang tidak berpuasa. Macam-macam karenah yang terpaksa dihadapi. Selesai menunaikan amanah yang diberi, dia terduduk di suatu penjuru yang agak sunyi. Dikesatnya keringat yang berjurai di dahi. Beberapa kali dia memicit pinggang yang lenguh akibat terlalu banyak berbongkok tadi.
Beberapa ketika kemudian, Mak Ngah Piah muncul seraya menjenguk ke dalam periuk besar di sisi Nasuha.
"Kenapa tidak dihabiskan semua sekali?" soal Mak Ngah Piah kurang puas hati.
"Tak ramai yang tidak berpuasa," jawab Nasuha sopan.
"Tak mengapalah. Nanti boleh panaskan untuk berbuka puasa. Kamu puasa?"
"Iya."
Mak Ngah Piah terdiam sebentar sambil mengipas dengan kain di kepala. Nasuha juga diam sahaja.
"Macammana kamu boleh sampai ke sini? Kenapa tak datang awal-awal lagi?" pecah soalan dari Mak Ngah Piah.
"Errr... apa maksud Mak Ngah Piah?"
"Hmm, perang ni dah lama. Masa perjanjian gencatan senjata tu, ingatkan semuanya dah selesai. tapi memang betullah kata orang. Mereka tu semua lidah bercabang! Lain di lidah, lain pula di hati. Ah, macam mana kamu boleh sampai sini?"
Soalan yang sama diulangi. Nasuha buntu sebenar.
"Saya ditangkap oleh tiga orang lelaki beruniform. Nasib baiklah pejuang Syed Omar berjubah hijau menyelamatkan saya. Tapi dia tercedera," jelas Nasuha berterus-terang.
"Berjanggut nipis?" pantas Mak Ngah Piah bertanya lagi.
"Ya, tak ada misai."
Wajah Mak Ngah Piah kelihatan berubah sedikit apabila Nasuha mengiyakan pertanyaannya.
"Kenapa Mak Ngah?"
"Err... tak ada apa-apa. Kamu nak jadi pembantu aku esok?"
Mak Ngah Piah semacam ingin mengelak.
"Boleh apa salahnya," tanpa berfikir panjang Nasuha bersetuju.
"Baiklah tapi kau mesti ingat, jangan tanya apa-apa pun esok. Jangan banyak bercakap."
"Saya kurang faham. Kenapa?"
"Esok sahaja."
Nasuha terdiam apabila melihatkan Mak Ngah Piah tidak berminat untuk meneruskan diskusi. Wanita itu mengeluarkan senaskhah kecil al-quran dari kocek jubah baju hitamnya. Agak lama Nasuha memerhati sambil menghayati bacaan Mak Ngah Piah. Keindahan bahasa dan kemerduan suara Mak Ngah Piah mengalunkan ayat-ayat suci itu membuatkan Nasuha terleka agak lama.
Bahunya digoncang kuat. Nasuha tersentak dari tidur. Lantas memandang ke sekeliling. Beberapa ketika kemudian dia melepaskan keluhan hampa. Dia masih berada di tempat persembunyian yang sempit dan merimaskan itu. Sangkanya, apabila terjaga dari tidur tadi, dia kembali berada di atas sofa dalam ruang tamu rumah sewanya.
"Pergi basuh muka dan berwudhu'. Sambil tu basuh beras ni. Air tu lebih sikit sebab nak buat bubur nasi. Bekalan ikan belum sampai, terpaksa buat bubur lagi", suara Mak Ngah Piah mengetuk gegendang meski dia belum pun bangkit dari pembaringan.
Terpijat-pijat dia bangun seraya mencapai tudung. Selesai memakai tudung, dia menggalas periuk yang dihulurkan oleh Mak Ngah Piah.
"Tapi kat mana saya nak basuh muka?" soal Nasuha dalam mamai.
"Kat pintu luar tu ada dua orang yang bergilir menjaga pintu masuk. Kau tanya saja mereka,dan jangan kau lupa tunjukkan kain ini," jelas Mak Ngah Piah lalu mengikat sehelai sapu tangan hijau pada pergelangan tangan Nasuha. Gadis itu mengangguk dan sedikit keyakinan bercambah di hati. Dia melangkah keluar dari tempat persembunyian, menyusuri lorong kecil yang suram berseorangan. Sesekali dia menarik nafas dalam sambil menoleh ke belakang. Macam-macam peristiwa terbayang di ingatan waktu itu.
Leganya bukan kepalang apabila pintu rahsia tempat persembunyian itu terbias pada layar kemera. Dua orang lelaki berjubah dengan senjata tergalas pada bahu menghalang perjalanan Nasuha.
"Nak ke mana?" salah seorang daripada mereka bertanya kasar.
"Errr..errr.... Nak basuh beras." Jawab Nasuha gugup melihatkan kebengisan yang terpamer di wajah mereka.
"Bukankah Mak Ngah Piah sudah angkat air tadi? Kamu tidak boleh keluar sebarangan," yang seorang lagi menyampuk.
"Oh, tengok ni. Ini buktinya Mak Ngah Piah yang suruh saya keluar." balas Nasuha sedikit berani.
"Jadi kamu ni pembantunya yang baru?"
"Lebih kurang begitulah."
"Hmmm..."
Lelaki yang mula-mula bertanya tadi membukakan pintu untuknya. Nasuha tidak segera keluar menyebabkan kedua-kedua lelaki tadi mengerutkan muka kehairanan.
"Nak apa lagi?"
"Saya...saya tak tau nak basuh kat mana beras ni?"
"Ya Allah..mari ikut ana."
Lelaki yang agak berumur daripada yang seorang lagi mengajaknya lantas meredah kegelapan dinihari. Mereka tidak perlu berjalan jauh untuk tiba ke tempat yang dimaksudkan oleh Mak Ngah Piah. Sederet paip dan dua buah tandas terbina di situ, agak tersorok. Seingat Nasuha tempat sebegitu memang tidak pernah wujud berdekatan dengan bangunan Dewan Kuilaih Gamma. Lelaki tadi meninggalkan dia bersendirian di situ.
Selesai segala keperluan, Nasuha bergegas semula ke tempat persembunyian, Memang tempat itu tidak jauh dari tempay persembunyian kerana dari situ, bahagian bangunan Dewan Kuliah Gamma yang masih belum roboh dapat dilihat dengan ketara meski dalam kesamaran dini hari. Langkahnya agak pantas kerana suasana sekelilling yang masih gelap dan sejuk. Acap kali dia menoleh ke belakang ambil beristighfar panjang. Peluh dingin bercampur air wudhu' membasihi baju.
To be continue...
Posted at 08:30 am by axe10
Permalink
Thursday, September 23, 2004
Mungkin sudah ramai yang tahu tapi apa salahnya ia dibaca sebagai peringatan kerana manusia itu selalu alpa dan acapkali melakukan kesilapan. People do make mistakes and that is why they put eraser on the top of the pencil.
p/s: many thanks to axe10 coz gave me the opportunity to share a little tiny info with u all. My doa always for u all, may God bless us all :)
Assalamualaikum wbt,
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,
beliau menangis selama 300 tahun.
Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu
kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.
Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok
cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,
"Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.
Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya
kepada Allah.
Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,
"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih
lazat
dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu
keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan
meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang
apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"
berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke
barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Posted at 07:28 pm by sf
Permalink
Monday, September 20, 2004
In Search of Sincerity
By Muhammad Al-Shareef
In one of the battles that the Muslims waged against the Romans, the Muslims – under the commandment of Maslamah (rahimahullaah) – surrounded a city that had a tall and well-fortified wall. The siege went on for months.
Then one night, one of the Muslim soldiers came to General Maslamah and told him of a hole that he had accomplished to bore through the wall. “It is only large enough for a slim soldier.” He knelt closer. “Quickly, send with me someone who can squeeze through and fight the army on the inside until he has opened the gates for all of us to enter.”
Maslamah sent out the news, and that night someone volunteered. In a sweeping assault, the gate was opened and the Muslims were victorious.
Maslamah, overwhelmed with happiness, sent out the word that the soldier that entered the hole should come forward. No one showed. A day passed and the request was repeated. Another day, then another. No one arrived to take credit.
On the fourth day, a soldier approached Maslamah, his face wrapped in a scarf. He said to him, “I have news of the soldier that entered the hole.”
Maslamah sat up sharp, “Tell me who it is?”
“First, however,” said the soldier, “he has three conditions before exposing himself. Do you agree to this?”
“Of course,” Maslamah said.
“The first is that you do not try to compensate him for what he did. The second is that you do not tell anyone who he is. And the third is that you shall not ask for his presence ever again. Do you agree to these conditions?”
“It is agreed,” Maslamah said.
The soldier, uncovering his scarf, said, “It is I. I went through that hole only for the sake of Allah.” Then, turning, he walked away.
After that day, Maslamah was often heard praying to Allah, “O Allah, (on the Day of Resurrection) grant me companionship with the soldier of the hole.”
Sometimes at any Islamic school, there are children who pray at the back, but the actions are better described as 'playing' (no, not with a lisp). Then when the head master or whoever they consider to have authority above them approaches, they all stand erect in complete devotion.
They are children and Allah will not take them to account. However, there are many adults that do this exact thing but on a more serious scale. The ingredient that we all need to work on throughout our lives as Muslims is Ikhlaas (sincerity) and, In sha Allah, that shall be our topic for today.
Sincerity in all we do is a commandment of Allah:
[Say, "Indeed my prayer, my rites of sacrifice, my living and my dying are for Allah, Lord of the worlds. No partner has He. And this I have been commanded, and I am the first (among you) of the Muslims."] Surah Al-An'aam 6/162,163
[And they were not commanded except to worship Allah, sincere to Him in religion, inclining to truth, and to establish prayer and to give Zakah. That is the correct Deen.] Surah Bayyinah 98/5
In defining Ikhlaas, Al-Jurjaani – rahimahullaah - said that it is to not seek any audience for your deeds other than Allah.
When one looks over the text of the Qur’aan and Sunnah, they will come to the realization that Allah ta’ala and His Messenger – sal Allahu alayhi wa sallam – speak about sincerity in different aspects: Sincerity in Tawheed of Allah and sincerity in our intentions. Sincerity in our worship, such as in Salah, Sujood, Fasting, standing in Ramadan, standing in the night of Qadr, sincere love for the Masjid, Zakah, Sadaqah, Hajj, Jihaad, repentance, supplications, recitation of the Qur’aan, and so much more.
The Qur'aan and Sunnah speak about sincerity in all our verbal statements, sincerity in our refined and upright AKhlaaq (character), sincerity in our Tawakkul (placing of our trust) in Allah, and sincerity in all actions.
Commenting on the verse: [He who created death and life to test you (as to) which of you is best in deed] Surah Al-Mulk 67/2, Al-Fudayl ibn ‘Iyaadh – rahimahullaah - said, “It is those deeds which are most correct and most sincere.” The students asked, “O Abu Ali, what are deeds that are correct and sincere?” He said, “If a deed is done sincerely, yet is not done correctly, it will not be accepted. And if a deed is done correctly, but not sincerely for Allah, it will not be accepted. It must be done sincerely and correctly. Sincerely, as in for Allah alone; Correctly, as in accordance to the Sunnah.
He then recited the verse of Allah: [So whoever would hope for the meeting with his Lord – let him do righteous work and not associate in the worship of his Lord anyone.] Surah al-Kahf 18/110. (See Madaarij As-Saalikeen 3/93)
With Ikhlaas we can be saved from misguidance as Prophet Yusuf – alyhi as salam – was saved. Hear Allah’s words: [And thus (it was) that We should avert from him evil and immorality. Indeed, he was of Our Mukhlaseen servants.] 12/24
With Ikhlaas the books can be turned in our favor in the last minutes of our lives just as what happened to the man that murdered 99 men. Allah ta'ala saved him in the end because of his sincerity in repentance.
With Ikhlaas one will be saved from Hellfire and granted a lofty position in Jannah. [And they give food out of love for (Allah ta’ala) to the needy, the orphan and the captive. (Saying) "We feed you only for the countenance of Allah, we wish no reward from you nor gratitude. Indeed, we fear from our Lord a Day severe and distressful. So Allah will protect them from the evil of that Day and give them radiance and happiness. And will reward them for what they patiently endured (with) a garden (in Jannah) and silk (garments).] Surah Ihsan 76/8-12
Dear brothers and sisters, we must understand that there are certain things that contradict our Ikhlaas to Allah. Of these things are three, Reyaa', Sum'ah and 'Ujb.
Reyaa' is to perform an act of worship with the intention of showing it off to people, seeking their praise or some other vanity. Thus this person is seeking to be glorified or praised or hoped for or feared through this action. An example of this would be such as donating a large sum of money in order that people may think the contributor is generous.
Sum'ah is similar to Reyaa', but as the Ulumaa' have said, it is those verbal statements that a person does for the sake of people. Such as someone making ballooned threats against the Jews in Philisteen just so others would think he is courageous.
Ibn Al-Mubaarak – rahimahullaah – said, "Perhaps a great deed is belittled by an intention. And perhaps a small deed, by a sincere intention, is made great."
'Ujb is the cousin of Reyaa'. It is when a person becomes impressed with himself for the 'great' deeds that he has done.
This and all the other types are viruses that can kill our actions and turn them against us on the day of Resurrection.
Ya’qoob al-Makfoof – rahimahullah – used to say, “The sincere one is he who hides his good deeds in the same way that he would hide his bad.”
From the Seerah, as Sa’d ibn Waqqaas narrates: … as for Ikrimah ibn Abi Jahl, (after the conquest of Makkah) while escaping by sea, a terrible storm befell them. The owners of the boat shouted, “At this moment pray to only God and pray sincerely, for your gods cannot avail us in any way through salvation from this storm.” ‘Ikrimah said, “By Allah, if Ikhlaas can only save me on the sea, then on land nothing but it can save me.” (He then raised his hands and pronounced), “O Allah if you save me, you have upon me an oath that I shall not rest until I arrive at Muhammad – sal Allahu alayhi wa sallam – and place my hand in his."
He then came to Rasul Allah – sal Allahu alayhi wa sallam – became Muslim, and was later martyred in Jihaad.
Sincerity is a topic that is not only key to Islam, but it is also a subject that the Kuffaar and philosophers have pondered for centuries. The English have a saying that goes to the effect of: To hunt with the lantern of Diogenes.
Diogenes was a Cynic Greek philosopher who lived about 320 years before Prophet Eesa – alayhis salam. He believed there was no sincerity – no Ikhlaas – in any human being. To vividly prove his point, he was said to have gone about the streets of Corinth in broad daylight with a lighted lantern looking for a sincere man. From here the English coined the term To hunt with the lantern of Diogenes when speaking of a group of people whose sincerity is extremely absent.
Indeed insincerity in our actions is something very dangerous and can lead a person to ruin. Ibn Masood – radi Allahu ‘anhu – would advise his students, “If your intention is one of these three, do not seek knowledge: To shame the ignorant, or to argue with the Fuqahaa’, or to cause people to turn their faces in your direction. Intend with your actions and words that which is with Allah, for indeed that which is with Allah shall remain and everything else shall perish.”
In conclusion, Ibn Al-Qayyim – rahimahullaah – said, “Deeds without sincerity are like a traveler who carries in his water-jug dirt. The carrying of it burdens him and it brings no benefit.”
May Allah ta'ala make us all from those whose deeds are done in accordance with the Sunnah, deeds that are done sincerely for the sake of Allah.
PS: Taken from yahoogroup knowledge is light :-)
Posted at 09:20 pm by axe10
Permalink
Sunday, September 19, 2004
Senang bukan syarat untuk tenang
Got this from saujana yahoogroups :-)
Semoga artikel ini dapat menjadi peringatan kepada kita:
Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....
Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang. Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hat! i jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.
Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja! Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati. Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.
Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingat! i Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya? Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita. Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.
Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku". Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.
Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!
Posted at 10:47 pm by axe10
Permalink
Tuesday, September 14, 2004
Organ manusia paling unik yang mempunyai jiwa dan emosi
Taken from Saujana Yahoo Groups
Organ manusia paling unik yang mempunyai jiwa dan emosi - Tiada manusia boleh cipta otak
Oleh Najibah Hassan
KEPADA anda yang tidak pernah bersua dengannya, tidak sukar untuk mengenali lelaki ini. Bertubuh tinggi lampai, berkulit cerah dan berkumis tebal.
Penampilannya dengan uniform serba putih telah cukup membezakannya dengan mana-mana pengamal perubatan di universiti tempat beliau berkhidmat.
Perwatakannya cukup bersahaja dan sentiasa merendah diri. Kepada pesakit-pesakit yang pernah mendapat `sentuhan' tangan emasnya, beliau amat dikasihi dan cukup dihormati.
Tetapi, nama Profesor Dr. Jafri Malin Abdullah, begitu digeruni di kalangan masyarakat perubatan dan kakitangannya.
Pakar bedah otak yang pernah mengharumkan nama negara di mata dunia itu, bukan sekadar menempa kejayaan untuk dirinya sendiri.
Tetapi, paling penting beliau telah `pulang', dengan beberapa misi. Selain telah memartabatkan `kepakaran' rakyat negara ini ke peringkat antarabangsa, beliau membawa bersama budaya baru kepada komuniti perubatan.
Awal tahun ini, beliau dinobatkan sebagai anak Melayu pertama yang mendapat gelaran profesor.
Gelaran tanpa perlu menduduki peperiksaan daripada The Royal College Of Surgeons Edinburgh (RCSE), Scotland ini kerana sumbangannya yang cukup bermakna dalam penyelidikan, pendidikan dan pembedahan neurosains.
Meskipun, harga yang perlu dibayar oleh Ketua Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, (USM) Kubang Kerian, Kelantan, bukan sedikit, tetapi cukup berbaloi.
Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia di pejabatnya, Jafri bercakap pelbagai sisi lain tentang tanggungjawab sebagai saintis dan pakar bedah otak.
Menurut beliau, menceburi dunia perubatan sainsneuro, tanpa mengira apa juga agama dan kepercayaan, tanggungjawab yang dipikul memang besar.
``Ini kerana tak kira apa pun agama, kesemua pakar bedah otak kena faham bahawa risiko pesakit mati akibat pembedahan otak ini lebih tinggi berbanding pembedahan-pembedahan yang lain.
``Sebab itulah insurans neurosurgeri di Barat juga lebih tinggi,'' ujarnya.
Atas sebab itulah, kata bapa kepada lima anak ini, keputusan sama ada untuk melakukan pembedahan atau tidak seharusnya bersandarkan kepada ilmu dan fakta.
Bukan berlandaskan ego hingga boleh memudaratkan pesakit. Jelasnya, dalam merawat pesakit pendekatan menyeluruh lebih bermakna.
``Untuk apa kita melakukan pembedahan kepada pesakit kalau keadaannya semakin teruk, seperti lumpuh, tidak boleh bertutur dan sebagainya hingga menambahkan beban keluarganya.
``Bukankah lebih baik jika kita dapat memulangkan pesakit kepada keluarganya yang ada kualiti pada kehidupannya?'' tegas beliau.
Menceritakan pengalamannya, beliau hampir-hampir enggan melakukan pembedahan terhadap pesakitnya selagi tidak mendapat `hitam putih' daripada ketua kampung untuk menjaga kebajikan mereka.
Kata Jafri, beliau tidak mahu kebajikan pesakit dan ahli keluarganya `terabai' hanya kerana kesan akibat pembedahan yang dilakukannya.
Beliau yang gemar berpakaian sut putih ini juga mempunyai alasan tersendiri. Jelas beliau, pakaian warna putih dapat mengingatkannya kepada Tuhan dan mengawal ego sebagai pengamal perubatan.
Ini kerana, keputusan untuk melakukan atau tidak sesuatu pembedahan itu tidak boleh dibuat berdasarkan ego semata-mata. Jika tidak, ia akan memudaratkan pesakit.
``Hajat dan matlamat saya sebagai pakar bedah otak ialah untuk membantu pesakit hidup lebih lama daripada saya.
``Apabila saya meninggal dunia, mereka dapat membaca Yasin untuk saya,'' jelasnya yang mengamalkan sut putih sejak 1986 ketika berada di Belgium hingga ke hari ini.
Ditanya pandangan beliau apa uniknya organ ciptaan Tuhan seperti otak, Jafri yakin dengan jawapannya.
``Tiada seorang manusia di dunia yang akan dapat mereka otak seperti Tuhan mencipta.
``Kita boleh mereka robot dan sebagainya, tetapi Tuhan telah mencipta satu gumpalan lemak, kolesterol dan protein,'' jelasnya.
Di dalam otak mengandungi pelbagai bahan kimia, struktur protein dan kolesterol. Paling penting, ia mempunyai jiwa dan daya pemikiran.
Beliau amat percaya dan yakin, walau dalam tempoh beberapa ratus tahun dari sekarang tiada seorang saintis pun yang dapat mencipta otak.
``Apa yang kita belajar dalam bidang sains neuro ini bukan untuk mereka otak, tetapi mencari antidot ubat penyakit, angin ahmar, Alzheimer, Parkinson dan sebagainya.
Apa yang lebih unik tentang otak ialah ia adalah pusat utama yang mengawal segala-galanya. Ini termasuklah emosi dan seluruh fungsi organ dalam tubuh seperti jantung, usus, paru-paru dan sebagainya.
Mungkin sukar dipercayai, jika seseorang ingin ke tandas pun, perlu menggunakan otak.
``Hinggakan untuk hamil, bersalin dan sebagainya pun menggunakan otak. Semuanya datang daripada otak.
``Apabila orang agama bergaduh tentang mati otak, otak yang mati. Tetapi, jantung masih berdenyut lagi, tetapi apabila otak sudah mati, bermakna pesakit juga telah meninggal dunia,'' jelasnya.
Jantung kata Jafri, boleh dikeluarkan dan masih boleh berdenyut sama ada tiga hingga empat jam sehari kalau diletak bahan kimia yang sesuai.
Tetapi, tidak dengan otak. Ia tidak boleh ditukar ganti. Tidak boleh dijahit seperti organ-organ tubuh yang lain seperti buah pinggang.
``Dalam sejarah dunia perubatan, kita tidak boleh menggantikan otak yang bermasalah dengan otak orang lain.
``Tidak seperti jantung, ia boleh direka seperti mereka jantung mekanikal atau robot, tetapi tiada siapa yang boleh mereka otak mekanikal yang mempunyai emosi seperti manusia,'' jelasnya.
Jafri yang mampu bertutur dalam empat jenis bahasa termasuk bahasa Belanda ini mempunyai perancangan tersendiri dalam kerjayanya pada bidang ini.
Menyentuh rahsia kejayaan, semuanya kerana falsafah yang menjadi pegangan beliau. Dalam kamus kehidupannya, tiga perkara utama tersebut ialah tidak ada perkataan `tidak'. Kedua, Tuhan Yang Maha Agung dan ketiga, disiplin.
``Saya percaya, dalam dunia ini kecuali dengan takdir dan qadak dan qadar Tuhan tidak ada perkara yang tidak boleh dilakukan,'' ujarnya.
Setiap orang katanya, perlu berikhtiar dan pada masa yang sama, perlu seimbang dengan agama.
Tidak ada ertinya, seseorang itu belajar hingga ke peringkat yang tertinggi, tetapi mengabaikan tanggungjawab kepada Tuhan.
Jafri, 41, juga tidak pernah berkompromi dalam soal disiplin. ``Saya dilatih oleh mat saleh, kalau 8.30, 8.30lah, tidak boleh lewat walau sesaat.
``Begitu juga dalam sesuatu perkara, ya atau tidak, saya tidak ada di tengah-tengah,'' jelasnya.
Menurut Jafri, untuk mendapatkan penghormatan atau pengiktirafan daripada masyarakat Barat berhubung kerja-kerja penyelidikan bukan sesuatu yang mudah.
``Sekiranya hasil kajian disiarkan dalam jurnal kita sendiri, mereka akan menuduh kita cuba memanipulasi.
``Dan, pada masa yang sama untuk menembusi laluan mereka juga terlalu sukar, kerana mereka melihat orang Melayu sebagai bangsa yang lemah,'' jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, semasa di luar negara, beliau amat menghargai apabila diberi penghormatan untuk menunaikan ibadah solat dengan selesa daripada profesornya sendiri.
Apa yang mengejutkan beliau ialah, kata-kata yang diluahkan profesornya.
``Tanpa Ibnu Sina mereka mengakui mungkin mereka akan tinggal dalam gua hingga hari ini, kerana Ibnu Sinalah yang membawa sains kepada orang Barat dan Eropah.
``Mereka (orang-orang Eropah dan Barat) ingin mengembalikan kegemilangan orang Islam, sayangnya orang Islam hanya bijak bercakap tetapi tiada apa yang dihasilkan,'' katanya.
Posted at 05:34 pm by axe10
Permalink
|
|
|