<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Baitul Muslim
Episode 1
Episode 2

Episode 3

Episode 4


This story is written by a fren of mine (name is kept secret). Edited by axe10 with permission from the writer. A note from writer "Semua watak dan jalan cerita adalah rekaan pengarang semata-mata. Tidak ada kaitan antara yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup. Kalau ada nama atau jalan cerita yang sama dengan sesiapa, itu hanyalah kebetulan sahaja."





rss feed


Sunday, August 07, 2005
Kelebihan-lebihan menamakan anak-anak lelaki "Muhammad"

Note: From forwarded mail

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Assalammualaikum wrwb,

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan
bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan
menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu
nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang
Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga
maka berkatalah mereka berdua: "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak
masuk surga? Lalu berfirman Allah Ta'ala: "Hai hambaKu berdua, masuklah
kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu
bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk
Neraka."

Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila
berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai
sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai
penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw."

Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu
yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun
mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman:
"Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama
dengan nama Muhammad"

Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata: "Tidak ada
suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang
yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah
itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada
Nabi saw yang telah bersabda: "Barangsiapa ada isteri yang sedang
mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam
rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak
lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah
nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi: "Apabila kamu namakan seseorang itu
Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya
di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu
kepadanya."

Posted at 06:30 am by axe10
Any Opinion?  

Wednesday, July 27, 2005
NALURI SEORANG MELAYU

P/S: bukan niat ambe nak memecah-belahkan bangsa Malaysia mase posting artikel ni. Cuma terasa spt terkena batang hidung ambe krn selalu kutuk bangsa sendiri. Kutuk ambe kutuk nak suruh bangsa ambe maju. Ambe paling benci melihat anak2 Melayu melepak sambil hisap dadah dan berzina macam tak ada masa depan. Tak pe lah, Cina ke, Melayu ke, manusia yang ada akal juga. Apa yang baik kita ambil pengajaran, apa yang buruk kita jadikan sempadan. Semangat assabiyyah (perkauman) sgt pun Rasulullah tak suka juga, dgn erti kata lain bersederhanalah (wasatiyyah) kita dalam kehidupan. Selamat membaca! (artikel ni bukan dr ambe - member yg kasi)



kalau rasa kita nie anak melayu bangsa melayu jangan la malu malu nak

baca...... bila difikir ader kebenarannya.

(teks ini ditulis semula berdasarkan pengalaman seorang saudara)

Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar di

akhbar mengatakan orang melayu masih mundur dan

ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak benar. Di sini saya ingin

berkongsi pengalaman dengan saudara saudari sekalian pengalaman saya

selama bekerja di bahagian industri. Saya berjaya mendapat kerja di

kilang mungkin kerana nasib menyebelahi saya. Majoriti ditempat kerja

saya adalah bangsa Cina dan rata -rata daripada mereka tidak fasih

berbahasa Inggeris dan

memiliki Diploma dari kolej yang tidak diiktiraf oleh JPA. Setelah

beberapa tahun saya berada di sini, saya telah dinaikkan pangkat yang

mana saya adalah satu-satunya orang melayu yang memegang jawatan

tertinggi dalam syarikat saya. Sedangkan ramai lagi melayu lain yang

berkebolehan dan berpendidikan tinggi yang layak menjaw at jawatan

tinggi dalam syarikat ini.

Saya dikelilingi oleh bangsa cina yang tidak tahu bertutur dalam

bahasa Inggeris dan tak ada qualification (not qualified by JPA)

tetapi dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengurus dan senior

engineer. Sedangkan orang melayu yang mempunyai ijazah,

boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik dan mempunyai

reputasi kerja yang baik hanya diberi jawatan

assistant engineer. Kalau pasal gaji tak payah cakap lah. Graduan

lepasan ijazah Melayu diberi gaji RM 1200/- (starting salary ) tetapi

graduan ijazah bangsa Cina diberi gaji RM 1800/- .

Bayangkanlah betapa jauhnya berbezaan mereka. Saya pernah didatangi

oleh seorang engineer (bangsa cina) dia minta

tolong saya memeriksa surat draft untuk membatalkan perkhidmatan

insuran bagi credit cardnya. Alangkah terkejutnya saya seorang

engineer menulis " I like to cancer my Insurance ...." Dalam h ati

saya berkata " Awatlah teruk nya cina bukit ni tulis surat ... dia ni

tau ke meaning cancer dengan cancelled tu ... " . Sebenarnya rata-

rata orang cina boleh berjaya kerana mereka ni diberi peluang oleh

majikan mereka saja. Sekiranya orang melayu diberi peluang

sepertimana yang diperolehi oleh mereka tu, we can perform much

better than them. Masalahnya nasib orang melayu tidak terbela

disebabkan kuota tidak dibuka untuk bahagian staff dan management.

Kerajaan kita hanya meletakkan kuota secara umum disetiap sector

swasta 30-40% me stilah melayu. Maka 30-40% itu dimasukkan ke dalam

bahagian bawahan seperti operator, drebar dan kerani saja. Sebenarnya

orang Melayu merempat di negara sendiri. Orang Melayu

dianggap 'second class' oleh orang cina di Malaysia. Perkara

diskriminasi di sektor swasta terlalu ketara sekali.

Orang-orang melayu kalau adapun hanya dipergunakan oleh majikan

mereka. Contohnya diri saya sendiri saya bekerja di bahagian

logistics. Saya berhubung rapat dengan jabatan kerajaan mengenai

kemasukan dan penghantaran barang. Saya tak rasapun yang saya

dihargai di tempat kerja saya kerana saya tak dapat layanan

(treatment) yang sepatutnya berbanding dengan bangsa cina yang

sejawatan saya. Dari segi gaji, elaun dan bonus.

Saya hanya dipergunakan untuk memudah kan urusan mereka saja. Tetapi

saya masih bekerja di sini kerana, sekiranya saya lari ke tempat lain

keadaannya juga sama atau mungkin lebih teruk lagi. Di sini

sekurang2nya saya

diperlukan, kalau saya tidak ada siapa nak membela nasib anak buah

saya yang kesemuanya Melayu. Saya pernah ditegur oleh MD saya kenapa

pilih semua staff melayu. Dengan alasan bila perayaan siapa nak

standby? Saya rasa sakit hati teramat sangat dengan persoalan tadi

secara terang-terangan dan saya tanya dia balik, kenapa Procument /

purchasing department semua Cina pulak? Macam mana kala u cuti

Chinese New Year siapa nak stand by ? Boss saya terus diam dan tak

dapat kata apa-apa. Nampak tak mentaliti mereka? Cukup busuk hati.

Dalam hati mereka dah tertanam sikap bencikan melayu dan beranggapan

melayu no class. Kalau dikaji mereka tu lagi tak dak class. Kita

selalu lihat di luar rumah mereka begitu gah tersergam indah tapi di

dalamnya bersepah tak berke mas lansung.

Begitu jugalah diri mereka nampak putih bersih tapi busuk dan tak

suci sebabnya tak mandi. Saya sangat berharap

agar kita semua dapat lakukan sesuatu untuk membantu nasib graduan

melayu yang terpinggir dan juga melayu yang lain agar tidak menjadi

kuli batak saja. Anggapan Melayu bodoh dan tak de class patut dihakis

sama sekali.

Alasan pengangguran siswazah Melayu yang selalu dikeluarkan oleh

pemimpin kita adalah kelemahan berbahasa

Inggeris dan kekurangan pengetahuan tentang teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT). Tetapi bagi saya, pemimpin yang berkata begitu

adalah pemimpin yang hanya dengar cakap orang dan jarang turun

padang. Saya ingin

menyatakan pengalaman saya dan rakan-rakan semasa proses pencarian

kerja sejurus tamat pengajian didalam dan

di luar negara. Saya telah duduk di kalangan bangsa asing sejak

berumur 19 tahun. Saya menimba ilmu dengan

dikelilingi bangsa lain begitu juga dengan rakan-rakan saya. Jadi

bahasa pengantar kami adalah bahasa Inggeris. Jarang saya jumpa

pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terutama sekali yang datang

dari bandar-bandar besar

lemah berbahasa Inggeris kecuali yang datang dari pedalaman. Kalau

nak diikutkan purata pelajar IPT yang betul-betul datang dari

pedalaman amat sedikit sekali bilangannya. Di manakah silapnya orang

Melayu kita? Hampir setiap hari di dada surat khabar kita dihamburkan

dengan kritikan-kritikan yang tidak membina tentang orang Melayu..

Semua yang tak bagus dilemparkan kepada orang Melayu, yang baik-baik

kepada bukan Melayu. Bagi

saya itu hanyalah alasan pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat.

1)Ketinggalan.

Apa sebenarnya berlaku di Malaysia? Sebenarnya bukan kerana kelemahan

bahasa Inggeris ataupun ketinggalan dari segi teknologi, tetapi kita

mesti akui bahawa syarikat-syarikat besar di Malaysia kebanyakannya

dikuasai oleh kaum bukan Melayu walaupun syarikat itu milik Amerika

Syarikat (AS) ataupun Eropah. Mereka telah memegang

jawatan penting di syarikat itu dan mempunyai agenda tersendiri.

Mereka menggunakan pelbagai cara supaya orang Melayu dilihat sebagai

lemah. Mereka menggunakan alasan bahasa Inggeris sedangkan apabila

membuat iklan tercatat di situ Mandarin is an added advantage atau

berkemahiran berbahasa Mandarin ataupun Kantonis. Kalau dilihat,

syarikat-syarikat tersebut adalah dari AS ataupun Eropah. adakah

mereka akan menggunakan bahasa Mandarin untu berkomunikasi? Sudah

tentu tidak. Itu hanyalah alasan yang dibuat-buat supaya peluang

orang Melayu akan tertutup dengan sendirinya. Kalau tidak percaya,

belilah akhbar bahasa Inggeris dan lihat di ruangan

jawatan kosong. Untuk pengetahuan pembaca, bukan setakat belajar

bersama bangsa asing tetapi saya bekerja pun bersama mereka. Saya

adalah satu-satunya pegawai peringkat pertengahan di mana selebihnya

adalah bukan Melayu dari peringkat saya sampai ke peringkat atasan.

Saya percaya tujuan pengambilan saya adalah untuk mencukupkan syarat

supaya apabila ada pegawai-pegawai kerajaan yang hadir, saya ditolak

untuk melayan mereka walaupun bidang saya tidak mempunyai kaitan

langsung dengan mereka. Saya telah lihat mereka bukanlah seperti yang

digembar-gemburkan di dada-dada akhbar malah mereka adalah lebih

teruk daripada Melayu bila berbahasa Inggeris.

2)Bercakap

Memang mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris mengatakan mereka

sudah cukup bagus tapi bagi saya orang Melayu kita lagi bagus. Mereka

hanya berani bercakap walaupun tatabahasanya tunggang terbalik. Di

sini saya

sertakan beberapa ayat yang selalu digunakan oleh mereka " you

calling from where? ", you want to talk to who? " yang mana kadang-

kadang menyebabkan saya ketawa besar bila mendengarnya. Inikah kaum

yang perlu dicontohi oleh orang kita? Mungkin mereka pandai dalam

bidang ekonomi tapi sebenarnya mereka bukanlah pandai sangat. Mereka

hanya mempunyai persatuan yang kuat di mana mereka bersatu padu dan

sanggup bantu membantu. Antara pengalaman yang saya alami sendiri

apabila ingin mengambil staf di bahagian saya yang baru. Pengurus

besar awal-awal memberitahu, jawatan ini adalah untuk bukan Melayu.

Mereka sudah pendekkan senarai dan suruh saya menemu duga mereka,

yang paling mengejutkan bos saya (yang ketika itu berada di sisi)

yang selama ini mengutuk orang Melayu keluar tersipu-sipu dari bilik

temu duga kerana malu apabila kaumnya sendiri bercakap bahasa

Inggeris tunggang terbalik dan mempunyai ijazah dan diploma yang

tidak berkualiti dari IPT swasta.

Pengalaman rakan baik saya semasa ditemu duga oleh sebuah kilang

milik pelabur AS yang terkemuka di Malaysia amat menyedihkan.

Walaupun fasih berbahasa Inggeris tetapi tidak juga berjaya menambat

hati kaum pegawai

bukan Melayu. Dia lulus ketiga-tiga peringkat yang diperlukan dan

akhir sekali penemu duga tidak mempunyai cara lain selain berterus

terang. Rakan saya bagaikan tidak percaya, walaupun berada di negara

sendiri tetapi diberi layanan seperti rakyat asing. Akhirnya dia

berjaya mendapat jawatan di salah sebuah syarikat kerajaan. Tujuan

saya menceritakan semua bukanlah untuk mengutuk pemimpin kita, tetapi

janganlah lagi menggunakan alasan yang tiada langsung kebenarannya.

Buat analisis di kilang-kilang, kenapa banyak orang Melayu hanya

bekerja sebagai operator kenapa tidak jawatan yang berpangkat? Di

manakah longgokan graduan Melayu? Adakah mereka ini benar-benar tidak

berkualiti atau

menjadi mangsa keadaan kerana pemimpin yang sengaja menutup sebelah

mata?

Nota:

i. Di dalam akhbar menyatakan setatkat hari ini seramai 80,000

graduan menganggur di mana 90% adalah

bumiputera. Itu di dalam akhbar, hakikat sebenar mungkin lebih.

ii. Kenapa isu graduan melayu menganggur tak selesai sampai hari

ini? Siapa Menteri Sumber Manusia: Fong

Chan On. Kenapa ramai anak melayu (baca: kanak2) yang sakit kritikal

(e.g: sakit jantung berlubang, hati) tak dapat bantuan. Masalah

birokrasi, tiada peruntukan. Dalam media massa/elektronik ramai yang

mati sebelum dapat rawatan. Orang Melayu tengok sahaja. Lebih2 pun

mengalir hati mata. Besok lupa. Siapa Menteri Kesihatan? Dulu Chua

Jui Meng, sekarang Soi Lek. Pernah keluar berita anak cina mati tak

dapat rawatan?

Fikir2kan lah.

iii. Satu2nya peluang anak melayu adalah dalam pendidikan. Itupun

sedang digugat sekarang. Ada kuota untuk mrsm, matrikulasi dan lain2.

kenapa tak mintak kuota untuk pusat serenti? Di bidang pekerjaan,

jabatan kerajaan kekosongan jawatan hampir tepu, swasta, mimpilah

anak melayu nak masuk kecuali milik melayu.

iv. Betulkah pelajar melayu tidak bersungguh2? Mungkin ada tapi

bukan majoriti. Ramai yang berminat belajar

tapi tiada panduan. Yelah, waktu sekolah menengah, mrsm, matrikulasi

ada orang jaga. Masuk U takde siapa jaga, bebas, kau-kau aku-aku. Di

jabatan kerajaan lebih 80% adalah melayu/beragama Islam. Penglibatan

semua pihak, makcik cleaner, pekerja am, pensyarah, para pegawai nc,

tnc, universiti amat2 diperlukan. Perlu satu anjakan model untuk

mengubah segalanya. Kalau pelajar melayu kurang motivasi, kita beri

motivasi, yang susah kita bagi bantuan. Majoriti anak melayu datang

dari kampong dan keluarga susah, anak yatim. Tiada siapa yang pandang

atau membantu. Dari segi psikologi rasa keseorangan. Akan menjadi

seorang 'individualism'.

v. Kenapa nak tolong pelajar melayu/islam. Kenapa nak manjakan

mereka? Kenapa nak suap? --- Kenapa perkara yang sama orang cina

buat kita tak cakap apa --- memang budaya bangsa cina tolong

menolong. Kenapa bila nak tolong bangsa sendiri kita cakap nak

manjakan, nak suap. Tolonglah ubah pemikiran begini.

vi. Memang penat dan payah nak tolong anak bangsa sendiri. Kadang2

menyirap pun ada bila tiada sambutan

yang baik. Tapi kita kena banyak bersabar. Benda baik banyak dugaan

dan cabaran. Kalau maksiat tu senang sahaja buat sebab syaitan bagi

lorong untuk permudahkan keje. Pelajar melayu akan berubah sedikit

demi

sedikit sikap mereka bila kita dapat buktikan jika mereka belajar

bersungguh2, mereka akan dapat keputusan yang baik. Kira dorongan

positif

vii. Orang cina adalah golongan oportunis (berkepentingan). Kalau

kita ada kepentingan, mereka akan baik, bodek bagus, muka manis. Cuba

kalau kita takde kepentingan, pandang pun taknak. Pengalaman seorang

pensyarah senior: waktu belajar, student cina (satu kumpulan) ni

cukup baik ngan saya. Boleh kata selalu jumpa kat bilik. Tunjuk

minat untuk belajar, muka manis tersenyum 24 jam. Tapi bila dah

bergraduate, selisih (face to face) kat shopping complex, sikit pun

tak pandang. Pelajar melayu walau pun kurang berjaya, bila ada masa

mereka datang

melawat. Kalau kereta kita rosak tepi jalan anak2 melayu yang 'bodoh

dan malas' inilah yang akan tolong tolak (berdasarkan pengalaman).

Anak2 bangsa yang kita pandang rendah inilah saudara seagama kita.

Pelajar2

melayu walaupun kita bagi 'D' atau 'F' sekalipun, bila berselisih

insya-Allah takkan kedekut untuk memberi salam dan sedia membantu

bila kita memerlukan.

viii.Orang melayu cuma akan sedar/insaf bila:

a.bila datang dari keluarga susah. Mak ayah penoreh getah, nelayan.

Kena berusaha bersungguh2 untuk berjaya

dalam hidup.

b. bila masuk dunia pekerjaan (baca: swasta). Walaupun kita sama

kelayakan dengan mereka (baca: bangsa cina), mimpilah kita akan dapat

jawatan atau layanan yang setaraf dengan mereka.

c. bila kene tipu ngan cina, pernah tak kene tipu ngan cina bila

beli barang? ya, banyak kali pulak tu. beli rumah pun

kene tipu. hari2 keluar berita. Masalah tak selesai2 pun. Siapa

menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Ong Ka Ting (cina). Siapa

pemaju perumahan? (Ong Ah Tipu - cina juga) Orang melayu memang

dilahirkan untuk ditipu agaknya.

d. Bila diri sendiri atau ahli keluarga dianiayai oleh orang cina.

Melayu adalah bangsa individualism. Bila tengok orang lain kene

pukul, biaq pi la. B ukan keluarga aku yang kene. Tapi bila kene kat

batang hidung sendiri baru tau nak marah.

ix. Orang MELAYU perlu menjadi BANGSA YANG BERANI.

Jangan takut dengan bangsa cina. Mereka berani sebab ramai (samseng).

Cuba kalau sorang2. takkan berani punya. Bangsa yang kurang ajar

perlu dilayan dengan kurang ajar juga. Jangan takut. Kalau mereka ada

samseng, kita ada askar dan polis. Orang melayu memang senang

dipijak, pijak banyak kali pun takpe. Tapi kalau sekali dia bangun,

mengamuk semenanjung. (e.g: 13 Mei 1969 & Tragedi Kampung Medan).

x. Ingat tak zaman darurat dulu. Parti Komunis Malaya ditubuhkan

untuk apa? Adakah untuk memerdekakan

Malaya pada waktu itu? Tidak. Mereka menubuhkan Parti Koumintang

untuk menguasai dari Tanah Besar Cina sehingga ke Indonesia. Tapi tak

berjaya. Tapi usaha itu masih diteruskan dari sudut politik, ekonomi

dan social. "Tanah Rizab Untuk Dipajak, Tanda Melayu Akan Dipijak".

Arwah datuk (bekas pegawai tentera) pernah berpesan, kalau Singapura

serang Malaysia, cina Malaysia akan membantu cina Singapura. Tak

percaya? Kita

tunggu...

 

Lyrics - Warisan (Uncut Version)

Anak kecil main api,

Terbakar hatinya yang sepi,

Air mata darah bercampur keringat,

Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,

Tergadai seluruh harta benda,

Akibat sengketa sesamalah kita,

Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,

Warisan berkurun lamanya,

Hasil mengalir ke tangan yang lain,

Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,

Menganut agama yang suci,

Semangat bangsa berlandaskan Islam,

Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,

Kan lenyap peristiwa semalam,

Tertutuplah hati terkunci mati,

Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,

Yang akan menentukan bangsa,

Bersatulah hati, bersama berbakti,

Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa, Bangunlah dengan gagah perkasa,

Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayu kan gagah di nusantara

 


Posted at 07:58 pm by sf
Any Opinion?  

TAKUT KITA LUPA

Bismillahirahmanirahim.

Telah termaktub dalam sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Malik yang bermaksud,

"Ku tinggalkan pada mu Dua perkara, yang barang siapa mengikutinya TIDAK akan SESAT buat selama-lamanya. Iaitu Kitab Allah Dan Sunnah Rasul ."

Jelas dalam Islam telah ada isyarat untuk mengelakkan kesesatan dalam agama. Dengan adanya pedoman ini umat Islam boleh mengenal golongan mana yang sesat dan golongan mana yang bukan sesat.Bukan macam setengah golongan dalam umat Islam pada masa kini yang menuduh Si Anu sesat, Tarekat Si Polan sesat dan bermacam-macam tuduhan lagi. Apatah lagi menyenaraikan sekian-kian golongan tersebut adalah sesat!!!

Seperkara lagi telah termaktub dalam Al-Quran dalam Surah Al-Zariyat, "Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Daku.".

Jadi kehidupan manusia itu bertunjang kepada 2 perkara. Pertama ialah Habluminallah atau Pengabadian Pada Illahi dan yang kedua ialah Habluminanas atau hubungan sesama manusia.

Jadi kehidupan manusia sebenarnya ialah untuk mecari keredhaan Illahi dan berkasih sayang sesama manusia. Dan bukan untuk kepentingan diri dan apatah lagi untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan nafsu-nafsi , seperti kehidupan haiwan.Yang siang malam memburu makanan, memuaskan nafsu kelamin, tempat tinggal yang penuh dengan kemewahan yang serba serbinya bersandar pada hawa nafsu semata2.

Jadi yang dikatakan pengamal ajaran sesat ialah mereka yang tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah seperti dalam Rukun Islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, bersolat 5 kali sehari semalam,puasa dalam bulan Ramadhan,menunaikan Haji pada yang mampu dan membayar zakat dan meninggalkan segala laranganNya seperti membunuh atau mencederakan makhluk bernyawa yang tidak berdosa atau yang tidak dibenarkan oleh syariat,berzina, minum arak, pergaulan bebas, berpakaian tidak menutup aurat . Yakni dalam kata lain tidak mengamal makruf wal nahi mungkar !

Itu belum lagi dosa2 yang tidak dapat dikesan dengan mata akal seperti iri hati, hasad dengki ,cemburu, kianat , mengamalkan politik wang atau rasuah , mementingkan kroni masing2 dan seribu satu penyakit dalaman iaitu penyakit hati.Juga seperti pada mereka yang hidup dalam dunia yang penuh dengan kebebasan seolah2 Allah itu tidak wujud pada mata mereka.Siang malam berhempas pulas dalam dunia hiburan yang melalaikan. Bab solat, puasa,haji atau berzakat hanya dilakukan apabila disuruh dan bukannya dengan hati yang insaf akan rasa adanya berTuhan.

Juga belum lagi pada mereka yang tidak mahu mengikuti sunnah nabi seperti corak penampilan berpakaian berjubah dan berserban, makan minum serta tidur seperti Rasululah. Solat dan berkehidupan dengan berjemaah.Atau dalam bahasa lain kesemua hidup insan didunia ini mengikuti Sunnah Rasul. Termasuk juga corak pemilihan pemimpin seperti bermuzakarah atau wasiat seperti yang berlaku pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin.

Jelas lah kini apa yang dikatakan pengamal ajaran sesat. Iatu mereka yang melanggar larangan Illahi serta mengikuti hawa nafsu-nafsi dan jejak langkah tipuan syaitan.. Untuk mengenalkan ajaran Islam yang mulia dan untuk mengelakkan kita dari menjadi pengamal ajaran sesat, perlu bermula dari zaman awal Islam bagi mereka yang baru memeluk Islam atau awal zaman kanak2 bagi yang beragama Islam kearah Mengenal Illahi.

Jadi pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau Ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)perlu di pergiatkan jika kita ingat melihat generasi akan datang termasuk masyarakat dewasa pada masa kini tidak digolongkan dalam katagori Pengamal Ajaran Sesat. Buku2 karangan Imam Muktabar seperti Kitab Ehya Ulumudin karangan Imam Ghazali, Kitab Al-Umm Karangan Imam Syafei perlu diketengahkan pada awal pendidikan kanak2. Ini bersesuai dengan tajuk Sajak Perdana Menteri Datuk Abdullah Ahmad Badwi yang Mencari Damai Di Hati yang mencari Imam Ghazali dan Imam Syafei


Posted at 07:48 pm by sf
Any Opinion?  

Kelebihan Air ZamZam

Kelebihan Air ZamZam

 

Air zamzam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Termasuk untuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kreatif dan sebagainya.

Rasulullah bersabda, Maksudnya:

 “ Air zamzam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)”.

 

Imam Tarmizi, salah seorang tokoh Hadis berkata, orang yang meminum air zamzam itu :

1) Jika dia minum utk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.

2) Jika dia minum utk minuman, maka Allah memberinya minuman.

3) Jika dia minum utk sembuh drpd penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya.

4) Jika dia minum kerana akhlak buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya

5) Jika dia minum utk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya

6) Jika dia minum utk mengkayakan jiwa, maka Allah akan mengkayakannya

7) Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan makbulkannya

8) Jika dia minum kerana sesuatu musibah yg menimpa, maka Allah akan melindunginya

9) Jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya


Note: Source from MelayuCyber


Posted at 01:52 am by axe10
Any Opinion?  

Thursday, July 21, 2005
Wawancara dengan Ayah Pin

MAY 13, 2005

The Edge

Pergi langit dengan jasad sekali ke?

Ayah Pin: Dulu tak boleh, dalam diri tu keluar untuk pergi

terus. Selepas itu, bila saya berperingkat ke atasan barulah

saya boleh pergi dengan jasad sekali. Macam sekolah juga, bila

kita meningkat tinggi baru boleh pergi terus.

Macam mana keadaannya bila Ayah nak pergi ke tempat

lain, kena bersendirian ke?

Bersendirian. Saya duduk dalam bilik ke, atas bukit ke. Orang

lain tak boleh tengok. Diri saya sahaja yang boleh pergi.

Masa umur 10 tahun, ada mimpi ke?

Tak ada mimpi, dia [malaikat] direct terus. Tak sedar diri tapi

boleh cakap. Dia suruh saya boleh menjadi seorang pemimpin

manusia dunia ini.

Dari umur 10 tahun ke 30, Ayah buat apa?

Saya berehat. Saya nak cari aktiviti dunia. Umur 10 ke 30,

saya nak tahu hal ehwal dunia bekerja tu, saya ambil sebagai

ilmu praktikal menjalani hidup.

Pernahkah ayah cerita tugasan tu kepada orang lain

sebelum tahun 30?

Mestilah orang tak tahu. Masa itu saya pegang rahsia lagi,

orang lain tak boleh tahu. Orang yang buat amal sahaja atas

diri saya tahu.

Saya sekarang ini bekerja seluruh dunia di bawah rukun langit,

tak kira apa bangsa, ugama dan bahasa. Saya akan memberi

petunjuk kepada seluruh bangsa dan ugama. Ini kerja saya

sekarang, untuk hubungi daripada diri manusia yang buat amal

kepada kerajaan langit terus.

Apakah antara kerja yang pernah dibuat Ayah dari tahun

10 hingga 29?

Tak tentu. Berniaga, bekerja dalam hutan sebagai pencari kayu

canang, saya bertapa berdiam diri dalam hutan bukit-bukit.

Saya satu orang sahaja.

Ayah berapa bini sekarang?

Empat. Dulu satu cerai, satu meninggal. Saya ganti yang lain.

Jumlah anak tu tak ingat, dua puluh lebih. Lebih kurang 22.

Ayah boleh cerita tentang laporan tentang Ayah dalam

Berita Harian?

Yang dia ambil pun bukan daripada saya.

Menurut laporan itu, Ayah Pin meneruskan ajaran yang

dibawa gurunya sebelum itu, iaitu Tarikat Zirulah Hasan

Anak Rimau atau nama sebenarnya Hassan Yaakob.

Ayah pernah ikut dia?

Saya ikut dia [pada masa 1971]. Dia meminta pertolongan

daripada saya untuk masuk zikir dia. Minta saya bekerjasama

dengan dia.

Bukan ikut dia. Lepas itu saya keluar. Saya tak jadi sama

perjalanan. Dia mencari duit dunia untuk kumpul orang-orang

bagi sama dia. Itu saya tak mau. Itu saya keluar. Prinsip saya

lain.

Tanah ini milik siapa?

Orang puan [isteri] saya beli dari nenek dia. Ini dulu milik

nenek dia. Sekarang ini tanah ini di atas nama bini saya.

Macam mana ada duit untuk beli tanah?

Tanah ini murah dulu. Macam hutan, macam bukit. Dia pun tak

tahu nak jadi macam ni. Ini pelan saya untuk membuat

kerajaan langit di sini. Tanah ini lebih lima ekar. Boleh kata

separuh lebih dah buat bangunan.

Ayah ugama apa?

Saya orang Melayu ni adat resam dalam Perlembagaan; dalam

Koran ni tidak ada bangsa Melayu adalah ugama Islam. Tapi

adat resam Melayu apabila Melayu, ugama Islam di sisi. Tapi

saya diri sendiri tak boleh masuk mana-mana ugama. Saya

sendiri, itu daripada hati peribadi saya. Saya tak boleh masuk

ugama Islam, Kristian atau Buddha. Kalau saya masuk manamana

ugama, ia bererti saya berpihak sebelah, serupa kita

main politik. Kalau kita duduk dalam Barisan, bererti PAS kita

mesti lawan. Kalau kita dalam parti PAS, bererti Barisan kita

mesti lawan. Kalau saya masuk mana-mana ugama, bererti

hati saya berpihak sebelah. Kalau saya berpihak sebelah,

macam mana saya nak pilih manusia? Tak adil sekali.

Apa perhubungan Ayah dengan Tuhan?

Saya dengan Tuhan? Saya tak boleh kata sendiri. Kalau saya

kata sendiri, saya menjadi sebagai mengangan. Itu kalau awak

mahu tahu apa hubungan saya dengan Tuhan, awak tanya

bangsa sendiri. Kalau Cina, tanya Cina, kalau orang putih,

tanya orang putih. Tapi hari ini, bukan saya yang kemukakan

jawapan ini, orang lain — Cina, Melayu, Hindu, orang putih,

orang asli — menganggap saya sebagai Tuhan.

Adakah tanggapan itu salah?

Tak salah. Benar begitu. Tuhan melindungi manusia. Dia kalau

tak tentu, macam mana boleh anggap? Sebab dia dah tentu

bagi dirinya, dah sah bagi diriya begitu. Sebab dia masuk

langit, saya menjadi begitu juga.

Apabila sebut dengan nama Tuhan masing-masing, saya akan

sampai. Itu dia anggap saya Tuhan. Bagi orang asli seratus

peratus. Orang Hindu panggil Murugan, Siva, Ganesha, saya

semua. Kalau awak sebut naga bagi Cina, saya sampai dengan

naga sekali.

Apakah dakwaan Mahkamah Syariah yang menyebabkan

Ayah dipenjarakan tahun 2001?

Saya tak ada salah sebenarnya. Surat daripada kadi

menjemput saya ke pejabat untuk bincang. Lepas beberapa

kali kita bincang, tak jadi selesai. Sampai ketua polis panggil

untuk bincang pun, semua pun tewas pada saya tak boleh buat

apa-apa. Kemudian dia akan menipu cara dengan pakat

dengan polis untuk buat kes atas saya mencabul orang. Buat

cabul, sebenarnya saya tak cabul. Dia tu keluarga siapa ke

saya tak tahu, supaya menghasut dia kata saya ni cabul dia.

Itu dia tipu dulu.

Lepas itu, bila disiasatnya, ibu bapanya kata Ayah ubat

anaknya bila dia sakit kepala di depan 30, 40 orang. Itu isu

dulu. Bila siasat, tiada kes, majlis ambil tindakan atas surat

kadi yang dihantar kepada saya untuk pergi bincang denganya.

Saya tak pergi, lawyer kata surat ni tak perlu pergi, ni

jemputan. Lawyer kata dia akan hubung dengan kadi. Selepas

itu, apabila saya pergi begitu, dia ambil saya ke balai untuk

dibawa reman di bawah majlis.

Dia kata surat tadi engkar mahkamah. Tapi macam mana

engkar mahkamah, itu

surat jemputan. Lawyer bincang dengan hakim, kalau Ayah

mengaku, dia beri ringan-ringan. Surat ni sebagai kesalahan.

Kalau ayah tak mengaku, dia akan membuat beberapa kes lagi.

Saya rasa saya tak hina mahkamah. Itu lawyer bagi tahu dia

akan berikhtiar untuk saya.

Kadi sudah berhubung sebelum kes ini?

Sudah lama dia berhubung, sejak 1970an lagi. Kali pertama

didakwa kes ni la. Surat itu kata hina mahkamah.

Bukan menghina Islam?

Tak ada. Masa itu saya sudah buat surat keluar Islam di

pesuruhjaya Kuala Lumpur, sudah keluar Islam. Lepas itu baru

dia charge hina Islam.

Mengapa bila kadi, polis mengganggu sejak 1970an, tapi

mereka hanya mengambil tindakan pada tahun 2001?

Tak ada kes. Beberapa kali sudah panggil saya bincang. Tiada

apa yang boleh buat kes. Lepas itu, kes ini. Sampai sekarang

tak boleh buat apa, saya tak tipu orang, saya tak mengajar.

Orang cari saya. Saya bukan tak pandai, semua ilmu saya

tahu, semua undang-undang saya tahu. Saya mempunyai

kuasa sampai begitu. Tapi saya tak boleh mengajar. Saya

bertugas atas jawatan saya.

Kalau pengikut anggap Ayah Tuhan dan Ayah tidak

menafi?

Nafi ke begitu saya pun tahu saya begitu. Mana-mana bangsa

pun tahu. Pertolongan dari langit dalam laut. Kalau ada orang

atas kapal terbang, kapal terbang nak meletup, kalau ada

orang minta pertolongan, saya akan sampai automatik beri

pertolongan. Itu orang anggap Tuhan.

Mengapa Ayah nak angkat sumpah untuk kata keluar

Islam? Kalau Ayah keluar Islam, Ayah tak perlu angkat

sumpah?

Itu untuk mengesah saya keluar Islam kepada kerajaan. Tapi

mereka tak terima, hanya rujuk kepada kadi. Sekarang ada

surat lagi tunggu saya. Saya sendiri buat, bukan untuk bagi

tahu orang. Saya terpaksa jadi begitu kerana semua bangsa

ugama merujuk kepada saya semua.

Ayah juga percaya dengan penjelmaan semula?

Tak boleh kata ada penjelmaan dan tidak boleh kata tak ada

penjelmaan. Pasal itu menjadi isu bagi manusia yang tidak

faham.

Ayah mewakili semua ugama, tapi ugama-ugama ini ada

perbezaannya?

Memang beza.

Islam tak percaya penjelmaan? Buddha percaya penjelmaan?

Kalau orang ni hidup ini bijak, dia boleh jelma. Kalau tak bijak,

tak boleh jelma.

Apakah pandangan Ayah terhadap Perlembagaan

bahawa Melayu mesti jadi Islam?

Itu bukan pandang, bukan munasabah. Perkara ini dalam

undang-undang, tak kira bangsa. Koran ni bukan untuk orang

Melayu sahaja.

Maka di dalam itu, tiada bangsa mana-mana yang menjadi satu

nama yang tetap. Faham tak? Bangsa ni bukan tertakluk

kepada penganut. Ia tidak dalam undang-undang satu bangsa

jadi Islam. Dalam undang-undang itu, tiada dalam Koran. Ini

kalau saya cakap-cakap terang jadi isu. Saya tak boleh begitu

terang kerana ia jadi satu masalah. Cuma tak ada dalam Koran

atau mana-mana undang-undang. Saya di bawah kuasa Tuhan,

maka saya boleh terima apa yang dikehendaki.

Siapa yang menolong Ayah mengurus tempat ini?

Saya di tapak sini sahaja, tugas saya naik langit tu semua.

Lepas itu bangunan ini orang lain yang buat, bila ada

pertukaran baru tanya saya. Kalau tak boleh buat gini-gini,

barulah tanya saya. Ada bidang-bidang masing-masing. Ada

ketua seksyen untuk menjaga seksyen lain. Satu manusia

untuk buat ni, satu untuk buat lain.

Berapa kosnya tempat ini?

Saya tak tahu. Duitnya tak tahu nak kira sebab kita tidak

projek duit kos. Tapi duit tu sentiasa ada. Bangunan ni

didirikan gotong-royong. Tak ada kontraktor.

Dari mana datangnya duit tu?

Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya

buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada.

Ayah boleh buat US dollar?

Tak boleh. Mesti ringgit. Tukar nanti orang cakap pula. Manamana

pihak pun hairan kepada saya. Di mana saya ambil duit

bila saya tak kerja. Isu ini tak boleh fikir, tak ada jawapan. Duit

tu akan sentiasa ada, saya sendiri pun tak boleh nak jawab.

Apa-apa saya nak buat, duit itu ada. Bila saya nak buat, duit

itu sentiasa ada dalam poket. Dari mana datang tak tahu.

Duit tu mula-mula muncul di mana, macam atas meja,

atas pokok ke?

Tak tahu, saya boleh mengadakan. Macam orang panggil ajaib

juga.

Setahu Ayah, mungkinkah ada ketua seksyen kutip duit

atas nama Ayah?

Tak ada atas nama saya. Atas nama ketua seksyen, dia ada.

Ketua seksyen minta duit, anda suka macam mana nak bantu.

Tak ada duit nak buat kerja pun boleh. Nak bagi boleh, tak nak

bagi pun kau punya pasal. Tak tentu, kaya miskin pun boleh

bantu.

Ayah melihat sendiri sebagai Tuhan atau wakil Tuhan?

Tak sama. Mereka jauh berbeza. Tuhan boleh jatuhkan

hukuman. Tuhan ni berlainan dengan yang lain. Saya bukan

wakil Tuhan. Saya sendiri punya hak mana-mana ugama. Saya

tidak boleh mengaku; bergantung kepada masing-masing

untuk ketahui.

Adakah lelaki dengan wanita sama rata?

Tiada perbezaan.

Nilainya sama, mutunya sama?

Lain. Lelaki lebih. Kuasa tu lain.

Apa kekurangan perempuan?

Lelaki lebih. Semua dari Tuhan. Kuasa Tuhan dalam manusia,

perempuan manusia tu tak boleh jadi Tuhan. Tuhan tu laki-laki.

Tuhan tak pernah menjadi perempuan. Tuhan tu jantan.

Kekurangan wanita dari segi daya fikir ke?

Memang kurang sikit. Ada la 80%. Cerdik-cerdik pun 80%.

Biasanya kebanyakan 50% pun tak sampai.

Apa berlaku jika hayat Ayah berakhir nanti?

Benda ni saya kalau ikut kertas kerja saya di kerajaan langit,

saya akan menyatukan manusia di bumi ni yang berperang

atau apa sahaja. Itu wajib untuk saya.

Pada penghujung wawancara, Rosli dengan perlahan

menanyakan kami, "Off The Edge ini, banyak orang Melayu

baca tak?"

"Ade jugak. Campur-campur le."

"Oh," angguk Rosli. Dia kelihatan bimbang.

 p/s: don't just sit and laugh at this guys! do what u can. dalam Islam, orang murtad itu halal dibunuh kalau kita pujuk dia tak nak masuk Islam balik. Apatah lagi orang macam Ayah Pin ni yang mengaku dirinya Tuhan. Tidak se liberal itu ajaran Islam Rasullullah s.a.w.


Posted at 08:02 pm by sf
Yes (7)  

Wednesday, July 20, 2005
Akademi Fantasia khayalkan rakyat – Ungku Aziz

Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang.

Semua program itu langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan rancangan-rancangan itu.

Demikian penegasan disuarakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz ketika menyampai hujah dan menjawab soalan di dalam rancangan Debat Perdana yang disiarkan menerusi media elektronik Radio Televisyen Malaysia, RTM1 di Angkasapuri malam tadi.

Prof Ungku Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara menyifatkan program tersebut terlalu bebas sehinggakan remaja dan anak-anak muda Malaysia terlalu jauh dari proses mendapat ilmu yang boleh membawa negara ke arah yang terbilang.

Beliau hanya menyebutkan Akademi Fantasia sahaja sebagai satu contoh sedangkan katanya, banyak lagi rancangan seperti itu yang sedang ditayangkan di media massa.

Turut serta di dalam debat berkisar tentang Malaysia Terbilang itu adalah Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pensyarah UiTM, Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Setiausaha Pemuda MIC, S Murugesan.

Debat bertajuk Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang dipengerusikan oleh bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Nordin Kardi yang baru dilantik ke jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut Pak Ungku lagi, program-program seumpama itu akan menghalang anak-anak muda dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri.

Beliau yang sekarang adalah Yang Dipertua ANGKASA menyifatkan generasi muda sekarang sedang menghadapi masalah krisis identiti yang memerlukan penilaian semula pencapaian mereka selama ini.

Katanya, apa yang berlaku memperlihatkan bagaimana anak-anak muda generasi baru Malaysia ini bertindak mengikut arahan ‘orang lain’.

Justeru, beliau banyak menekankan kepada anak-anak generasi baru Malaysia agar banyak menuntut ilmu, membina keperibadian diri dan semua itu mestilah bermula dari kemahiran dan kekuatan berfikir.

“Tanpa berfikir, pasti tidak akan berjaya,” tegasnya merujuk kepada bagaimana kalangan generasi muda yang menurutnya tidak rajin membeli dan membaca buku.

Beliau juga menyifatkan cara hidup rakyat sama ada remaja atau dewasa adalah berdasarkan kepada apa yang diiklankan di dalam media massa.

“Sehinggakan hendak beli sabun, syampu, pakaian atau apa sahaja mesti berdasarkan kepada apa yang dilihat di dalam iklan-iklan itu,” jelasnya lagi.

Pandangan Pak Ungku telah mendapat reaksi yang sangat baik dari semua penonton di auditorium RTM itu serta berdasarkan soalan menerusi telefon dari penonton di luar dewan.

Rata-rata mereka menyifatkan sikap kritis dan kritik jujur dari Pak Ungku itu wajar diterima dengan baik kerana beliau langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama ada untuk diri sendiri mahupun politik.

Terdahulu Pak Ungku menyifatkan gelaran Malaysia Terbilang adalah tidak kena pada tempatnya dan banyak perkara perlu dikaji semula kerana berbagai-bagai masalah sosial dan sebagainya sedang dihadapi oleh generasi muda negara.

Sementara itu, Datin Paduka Syarifah Mazlina berharap pihak berwajib mesti meletakkan garispanduan bagaimana untuk menjadikan program-program seumpama itu menjadi lebih baik ke arah pembinaan generasi terbilang.

Menurutnya, konsep itu boleh digunakan juga untuk mencari bakat-bakat dalam bidang seni yang lain kerana dengan cara itu, remaja dan generasi muda akan lebih mudah ‘memahami kerana kita bercakap dalam bahasa mereka’.


p/s:dlm suka ada benci ,dlm benci ada suka


Posted at 01:57 am by anbu
Yes (1)  

Monday, July 18, 2005
khas untuk yang sukakan akademi fantasia, malaysian idol dan juga harry potter.

I just finished reading this book by Faisal Tehrani, "Advencer Si Peniup Ney". Recommended kepada semua. Penuh dengan ilmu dan juga membuka minda pembaca kepada pengertian sebenar muzik dalam islam.

Note: Below synopsis taken from website Ujana Ilmu (online bookstore)

Judul : Advencer Si Peniup Ney
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 243
Cetakan Pertama : 2005
ISBN :9676117625

Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :

Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.

Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.

"Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005


Posted at 05:09 pm by axe10
Any Opinion?  

Thursday, July 14, 2005
Sesungguhnya Hidup Ini Penuh Dengan Dugaan

 

Semalam aku menerima panggilan telefon dari seorang sahabat. Dia seorang yang terkenal dengan sikap berfikiran terbuka dan tidak mudah berputus asa. tapi semuanya berubah bila dia mengenali seorang gadis yang memikat hatinya. namun setelah hampir 4 tahun bersama gadis itu, hubungan itu terputus disebabkan gadis itu berubah hati kerana terpikat dengan lelaki lain. disebabkan itu, hidupnya mula berubah.

Dia mula menjadi seorang yang cepat berputus asa. dia mula menjadi seorang yang pendiam. keceriaan mula hilang dari wajahnya.

Diceritakannya padaku bagaimana gadis itu memberi pelbagai janji padanya, namun itulah manusia. senantiasa memungkiri janjinya.

Sahabatku. apakah engkau tidak ingat bahawa cinta manusia itu hanya sementara? apakah kau tidak ingat bahawa kesedihanmu itu tidak mungkin mengubah hati gadis itu? dan layak kan gadis itu untukmu? sesungguhnya sahabatku.... gadis begitulah yang harus dijauhi kerna dia pasti membinasakan hidupmu.

Aku mula bertanya padanya apakah dia tidak bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang? tahukah dia bahawa ada benda yang lebih penting dari mengeluh atas kehilangan gadis itu? tidak kah dia sedar bahawa ada lagi orang yang lebih susah. yang tidak mampu untuk mengenali cinta, yang terpaksa bangun seawal 3 pagi untuk mencari rezeki? yang terpaksa berusaha lebih keras kerana kecacatan? sedangkan sahabatku.... gajimu yang ribuan ringgit sebulan itu mampu menampung hidup sebuah keluarga selama setahun. apakah engkau tidak bersyukur? dan engkau salahkan tuhanmu kerana membuatkan dirimu kehilangan gadis itu? apakah engkau tidak ingat bahawa cinta dunia ini tidak sampai kemana? apakah kau tidak ingat katamu dulu bahawa engkau tidak akan kalah kerna perempuan. kutanyakan semuanya pada sahabatku itu.

Kita manusia senantiasa lupa bahawa kita ada tanggungjawab yang lebih besar selain menyintai seseorang. Kita mengeluh bila diduga. Dan kita lupa pada masa kesusahan bila kesenangan sementara datang. Kita merungut bila gaji kita yang beribu ringgit tidak mencukupi sedangkan ada mereka yang mempunyai gaji yang ratusan ringgit hidup bahagia dan gembira. semuanya kerana syukur. sesungguhnya hidup ini penuh dengan dugaan.....

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-baqarah:286)

Life of DAFI


Posted at 07:41 am by anbu
Any Opinion?  

Wednesday, July 13, 2005
Jangan Sekali kali Panggil Ayah Pin..Panggil saja Setan Pin

Saya sangat tak setuju orang Islam panggil si pengkhianat Pin ini sebagai ayah.Ayah bagi orang Terengganu adalah gelaran kehormatan bagi orang tua yang berjuruh. Si Pin ini sudah keluar dari Islam dan sedang aktif untuk memurtadkan orang Islam dengan sihir dan ajaran mirip Hindu nya.Ia layak dipanggil SETAN PIN saja

Setan Pin adalah anak murid Hassan Anak Rimau , seorang melayu sesat ajaran salah yang mengamalkan ratib bercampur lelaki perempuan sampai pagi . Apabila lelaki dan perempuan ini sudah tak sedarkan diri , maka pecah lah tabir , lelaki dan perempuan.Hasan anak Setan ini sudah ditangkap . Saya tak tahu lah berapa orang anak dara sudah termasuk dalam tabir Hasan anak setan ini apabila mereka tidak sadarkan diri.

Setan Pin ini adalah mertua kepada Hasan anak Setan. Sudah tentulah banyak ilmu yang diberi oleh Hassan anak Setan ini kepada pengikut setia dan mertuanya Setan Pin. Saya tak pasti samaada kitab setan yang digunakan oleh mereka sama dengan kitab setan yang diguna oleh Laksemana. Kitab setan laksamana menggaitkan nama Allah yang mulia dengan kemaluan lelaki dan perempuan. Jahat sungguh setan ini. Alif ialah kemaluan jantan dan 'ha' kemaluan betina.Bagi ajaran setan ini , alat zikir mereka ialah kemaluan.Ini menyamai ajaran Hindu yang menyembah Siva Lingam. Lingam ialah kemaluan Siva. Saya tidak pasti fanatik Hindu ada peranan dalam ajaran salah di malaysia untuk memurtadkan orang islam.

Ajaran Setan Pin ini menganggap situa keparat itu jelmaan tuhan didunia.Sama saperti Hindu yang percaya kepada berbagai jelmaan tuhan dalam bentuk objek dan manusia.Setan Pin menggunakan trick mimpi untuk mendapatkan isteri dan anak pengikutnya.Setan Pin boleh bila bila masa menelefon pengikut nya untuk menghantar isteri atau anak dara mereka berjumpa nya secara sulit. Pengikut mereka di ajar untuk bekorban kepada jelmaan tuhan ini , apa saja, harta dan badan , untuk tidak menerima bala dan untuk menerima ganjaran . Saya mendapat tahu ada di Gong Tok nasek Terengganu satu keluarga sudah di pakai guna oleh setan pin.

Pengikut Setan pin ini akan berduyun pergi ke tempat ibadah setan pin di batu 13, besut untuk meratib sampai kepagi. kalau diandaikan ajaran setan pin sama dengan ajaran hassan anak setan , maka amalan ratib hingga pecah tabir pun dilaksanakan.

Selepas Setan Pin di penjara , setan pin berlindung di Kuil Hindu Batu Cave. terdapat video yang menunjukkan sami hindu menggunakan setan pin untuk memberi semangat supaya setan pin ini terus menjalankan ajarannya yang mirip cult siva hinduism.Siva hinduism ada mengamalkan yoga sex kerana mereka percaya lingam siva adalah the asal usul kejadian alam.Terdapat banyak jenis meditasi yoga hindu.Salah satu nya ialah yoga sex.

Setan pin ada mendapat perlindungan dengan Kuil Hindu Batu Cave dan Kuil Hindu Bali.

Video tape setan ini sudah ada di tangan orang ramai.

Apabila si menteri UMNO berkata bahawa Setan Pin ini belum sampai tahap bahaya , saya tertanya tanya, sampai bila kah si setan tua ini dianggap bahaya.Mungkin ianya dianggap bahaya apabila anak dollah badawi dan najib menjadi mangsa pada setan pin, baru lah ia dianggap bahaya.

Individu keparat saperti Setan perlu di banteras sehingga tidak ada pengikut walau seorang pun.Ini adalah pengkianat ugama , bangsa dan ummah.

dipetik dari:http://www.tranungkite.net

Posted at 07:27 am by anbu
Yes (7)  

Monday, July 11, 2005
L.O.V.E

Cinta adalah salah satu perasaan universal yang wujud dlm setiap insan di dunia ini. Boleh dikatakan setiap orang mempunyai perasaan cinta, samaada terhadap ibubapa, rakan2, isteri, anak2, harta benda dan juga terhadap diri sendiri.

Cinta adalah satu perasaan yang hebat, satu perasaan yang memungkinkan seseorang melakukan apa sahaja untuk mencapai dan membuktikan cintanya. Orang yang terjebak dlm cinta, akan mempunyai kekuatan dan ketabahan hati yang boleh membawanya ke arah kejayaan dan kadangkala boleh juga memusnahkannya.

Hati hendaklah sentiasa di isi dgn cinta. Hati yang kosong tanpa cinta, bagaikan kapal yang tiada haluan. Dan sebaik2nya hati itu diisi dgn perasaan Cinta Sejati; Cinta yang tiada tolok bandingnya. Cinta tanpa penderitaan, hanya pengabdian kepada yang Allah; Tuhan yang Menciptakan cinta.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat.

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu ! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

Nukilan
Hamba Pendusta Cinta

Note: Extract from forwarded email

Posted at 02:17 am by axe10
Yes (1)  

Previous Page Next Page